Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pangkalan tentera Iraq dibom

0

BAGHDAD: Pangkalan tentera di tengah Iraq yang menempatkan tentera tentera dan separa tentera pro-Iran menjadi sasaran pengeboman malam tadi, kata dua sumber keselamatan.

Letupan itu disasarkan di pangkalan Calso, yang menempatkan bekas kumpulan separa tentera pro-Iran, Hashed al-Shaabi yang kini diselaraskan ke dalam tentera tetap, menurut sumber Kementerian Dalam Negeri dan seorang pegawai tentera.

Pegawai Kementerian Dalam Negeri berkata, serangan itu mengorbankan seorang tentera dan mencederakan lapan yang lain, manakala sumber tentera melaporkan tiga tentera Iraq cedera.

Dalam satu kenyataan, Hashed al-Shaabi mengesahkan serangan itu mengakibatkan kerugian kelengkapan dan kematian tanpa menyatakan jumlah anggota yang cedera.

Menjawab soalan daripada AFP, setakat ini sumber itu masih tidak dapat mengenal pasti pihak bertanggungjawab terhadap serangan itu atau mengaitkannya dengan serangan dron.

“Letupan itu mengenai peralatan, senjata dan kenderaan,” kata sumber kementerian itu.

Setakat ini, tiada pihak yang segera tampil mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

“Kejadian itu membabitkan letupan di stor peralatan.

“Kebakaran masih berlaku dan pencarian mangsa yang cedera diteruskan,” kata pegawai tentera yang tidak mahu namanya disiarkan kerana isu sensitiviti.

Hashed al-Shaabi, pakatan kumpulan bersenjata yang ditubuhkan untuk memerangi kumpulan DAESH yang kini menjadi sebahagian daripada pasukan keselamatan Iraq.

Serangan ke atas pasukan separa tentera pro-Iran berlaku di tengah-tengah ketegangan serantau yang semakin meningkat berhubung perang antara Israel dan pejuang Palestin yang disokong Tehran.

Semalam, serangan yang dikaitkan ke atas Israel menyasarkan pangkalan tentera berhampiran Isfahan di Iran.

Dalam hantaran di media sosial, tentera Amerika Syarikat (AS) menafikan dakwaan mereka terbabit dalam serangan itu.

“Amerika Syarikat tidak melakukan serangan udara di Iraq hari ini,” menurut Markas Pemerintah Pusat AS (CENTCOM) di platfor X, sambil menambah laporan tentera Amerika melakukan serangan adalah tidak benar.

Ketika dihubungi AFP, tentera Israel berkata, pihaknya tidak mengulas laporan disiarkan di media asing.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.