Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Parti KDM belum edarkan borang keahlian

0

Oleh DG HNERY

PARTI Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) belum menerima mana-mana borang permohonan keahlian sejak dilancarkan pada 7 Mac lepas, jelas Dr. Oswald Aisat Igau.

Ketua Penerangan parti KDM itu menekankan permohonan keahlian parti itu melalui proses terpimpin daripada cawangan, bahagian sebelum tindakan majlis tertinggi parti itu.

“Faktanya, bahagian parti (KDM) diperingkat pembentukan dan belum ada borang permohonan keanggotaan diedarkan secara meluas,” Katanya, sebagai mengulas kenyataan sekumpulan penyokong parti Warisan Sabah yang tular keluar daripada parti KDM.

Pada Sabtu sekumpulan penyokong .parti Warisan Sabah yang diketuai oleh Armstrong Onolon dari Trans Pegalan Keningau (Parti Warisan Sabah Bahagian Pensiangan) mendakwa keluar daripada parti KDM tular di media sosial.

Rakaman berdurasi 0.29 saat itu bagaimana pun tidak menyatakan cawangan dan bahagian mana kumpulan itu menganggotai parti KDM.

“Pihak ibu pejabat parti menafikan dengan sekeras kerasnya kenyataan mereka kerana tidak terdapat rekod keahlian yang dikeluarkan oleh parti KDM kepada kumpulan tersebut”, Dr. Oswald menjelaskan dalam satu kenyataan kepada media.

Ketua Penerangan itu berkata, parti dalam proses melantik pihak berkuasa dikalangan Ahli Jawatankuasa (AJK) penaja bahagian untuk mengedar dan memproses borang keahlian di seluruh Wilayah Sabah.

“Persoalan di sini ialah bagaimana kumpulan itu mendakwa ahli kepada parti KDM,”.

“Apa motif penyokong parti Warisan ini?,” Tanya Dr. Oswald dan  meminta ketua kumpulan itu (Armstrong Onolon) dalam tempoh 14 hari daripada tarikh mengeluarkan kenyataan untuk membuktikan dokumentasi sah menunjukkan beliau dan kumpulannya telah menjadi ahli parti KDM.

Dr. Oswald berkata, sekiranya Armastrong  dan kumpulannya gagal atau sengaja tidak mengindahkan untuk membuktikan perkara yang tersebut di atas dalam masa yang ditetapkan, kepimpinan parti KDM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Dr. Oswald berkata, perbuatan kumpulan itu satu percubaan “membuli” dengan niat  jahat oleh pemimpin tempatan parti Warisan yang  bermain politik dengan cara tidak bermaruah.

“Mungkinkah ini adalah taktik baru yang dipelajari dari PRN Johor dan cuba diaplikasikan di Sabah. Rakyat Sabah harus bangkit menolak mana mana parti politik yang mengamalkan taktik politik yang tidak bermaruah,”.

“ Rakyat di Wilayah Sabah dahagakan pembelaan yang tulus, ikhlas dan progresif demi mencapai kesejahteraan, kemakmuran dan keamanan untuk maju membangun kehadapan demi masa depan generasi baru yang sentosa serta meyakinkan” Katanya dan menambah parti KDM amat teliti mengenai penerimaan keahlian baharu.

“Kami inginkan ahli yang mempunyai semangat juang yang tinggi dan tidak mudah dipengaruhi oleh faktor kewangan dalam erti kata lain parti KDM pentingkan kualiti dan bukan kuantiti,” Jelasnya.

 1,013 total views,  3 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.