Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

PBB desak lintasan Kerem Shalom dibuka hantar bantuan ke Gaza

0

GAZA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terus mendesak pembukaan lintasan Kerem Shalom di Israel dan bantuan kemanusiaan malah kemasukan barangan komersial ke Gaza juga perlu diteruskan.

“Pada masa ini, kami terus menggunakan lintasan Rafah.

“Keupayaan lintasan Rafah untuk mengendalikan jumlah bantuan yang kami perlukan adalah terhad. Jadi itulah sebabnya kami terus mendesak pembukaan lintasan Kerem Shalom,” kata Haq kepada wartawan.

Beliau berkata PBB dan rakan kemanusiaannya bersedia untuk memanfaatkan peluang jeda kemanusiaan untuk meningkatkan operasi kemanusiaan.

“Penduduk Gaza tidak boleh bergantung kepada bantuan kemanusiaan semata-mata.

“Penghantaran barangan komersial perlu diteruskan semula, terutamanya melalui lintasan Kerem Shalom, yang mempunyai kapasiti untuk itu,” katanya.

Setiausaha Agung PBB untuk Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan, Martin Griffiths pada minggu lalu berkata, lintasan Kerem Shalom digunakan untuk membawa lebih 60 peratus muatan trak yang menuju ke Gaza sebelum konflik.

Beliau berkata antara 21 Okt dan 21 Nov, sekurang-kurangnya 1,399 trak membawa bekalan kemanusiaan tidak termasuk bahan api telah memasuki Gaza melalui sempadan Mesir.

Jumlah itu agak rendah berbanding purata bulanan hampir 10,000 trak komoditi komersial dan kemanusiaan tidak termasuk bahan api memasuki Gaza sebelum 7 Oktober.

 

 281 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.