Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

PBPBS rancang kempen derma darah seluruh Sabah

0
James bersama beberapa ahli jawatankuasa PBPBS serta pegawai SAFA yang hadir menjayakan kempen derma darah itu

Oleh DG HENRY

PERSATUAN Bekas Pemain Bola Sepak Sabah (PBPBS) merancang untuk mengadakan kempen menderma darah di seluruh negeri ekoran sambutan menggalakkan orang ramai terhadap kempen tersebut.

Presidennya, Datuk James Wong, berkata kempen pertama kali diadakan persatuan itu dengan kerjasama Hospital Queen Elizabeth ternyata mendapat sambutan baik orang ramai.

Kata beliau, pihaknya tidak menjangka kempen itu yang diadakan di tingkat bawah Wisma Muis hari ini mendapat sambutan sangat menggalakkan.

“Sebenarnya kita tidak menjangka sambutan sedemikian kerana ini pengalaman pertama bekerjasama dengan pihak hospital untuk kempen derma darah,” katanya selepas ditemui di lokasi kempen itu diadakan di Wisma Muis.

Sehubungan itu, James yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) berkata, kempen itu akan diperluaskan ke seluruh negeri ini memandangkan respon yang baik daripada para penderma.

Katanya, usaha itu akan membantu pihak hospital untuk meningkatkan bekalan tabung darah bagi membantu orang ramai terutama mereka yang memerlukan rawatan.

“Justeru, persatuan ini merancang untuk terus mengadakan kempen serupa ke seluruh negeri,” ujarnya.

Legenda bola sepak itu juga mengucapkan terima kasih kepada penderma yang tampil menjayakan kempen derma darah tersebut.

“Bagi kami kerjasama dengan pihak hospital ini sangat dialu-alukan untuk kempen ini dan ia perlu diperluaskan lagi,” tambahnya.

Beberapa pegawai SAFA termasuk Penolong Setiausaha Agung, Azman Mastar dan Setiausaha Eksekutifnya, David Wisom turut hadir menjayakan kempen tersebut.

 481 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.