Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

PIALA PRESIDEN: UiTM FC kongsi mata dengan Sabah FC U21

0
HIZAZ…jaring gol pendahulu

Oleh DG HENRY

SELANGOR–Pasukan UiTM FC berkongsi mata dengan Sabah FC U21 dalam perlawanan Kumpulan C Piala Presiden apabila seri 1-1 di Stadium UiTM Shah Alam pada Khamis.

Pertembungan kedua pasukan menyaksikan persaingan sengit apabila kedua-duanya mendapatkan khidmat beberapa pemain senior masing-masing untuk membantu pasukan.

Tuan rumah UiTM berusaha memanfaatkan kelebihannya beraksi di gelanggang sendiri bagi mengekang Sabah FC U21 yang menurunkan empat pemain senior dari skuad Liga Super, Maxius Musa, Hanafi Tokyo, Shahrizan Saidin dan Azhad Harraz.

Kerisauan UiTM itu terubat apabila pemain seniornya yang digunakan untuk membantu skuad Piala Presiden, Hizaz Lokman berjaya menghasilkan jaringan pendahulu pada minit ke-26 separuh masa pertama.

Sabah FC U21 bagaimanapun tidak berputus asa dan terus melakukan asakan. Mereka mengambil masa kira-kira 14 minit untuk mendapatkan gol penyamaan melalui Azhad Harraz pada minit ke-40.

Perlawanan itu disifatkan sebagai misi pertembungan yang menarik apabila Hizaz, pemain berasal dari Sabah sendiri meledakkan gol pasukan tuan rumah untuk memintas lawan buat seketika.

Sabah FC U21 akan meneruskan misinya untuk menghadapi pasukan Kuching City FC di Stadium Negeri, Kuching pada Isnin ini.

 

 736 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.