PERSATUAN Pekebun Kecil Pedalaman Sabah mendakwa pengilang dan penjual racun rumpai di Sabah sedang beraksi dalam permainan untuk manipulasi harga racun rumpai dan baja yang berniat memberi tekanan kepada pekebun di negeri itu.
Pengerusinya, Mohd Khairy Abdullah berkata, kenaikan bahan weedicide atau herbicide secara mendadak itu boleh membunuh tumpuan pekebun dalam industri pertanian.
“Dengan kesibukan sehagian besar untuk memperkasakan survival politik mereka, saya optimis mereka tidak (pemimpin / Menteri-menteri) risau mengenai senerio ini,”.
“Tetapi dengan kenaikan luar biasa bahan ini boleh menghancurkan masa depan pekebun untuk bergiat cergas dalam bidang pertanian,”.
“..Ironinya ia berlaku ketika dunia sedang bertarung dengan pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di Keningau (Sabah) pada Selasa.
Khairy yang merupakan mantan calun pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu menekankan, kerajaan negeri Sabah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor seharusnya memulakan langkah yang lebih agresif untuk memberi tumpuan bagi mengatasi kemelut itu, pada ketika Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah belum pernah mengeluarkan kenyataan walau sekalipun sepenjang tempoh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil alih tampuk kerajaan.
“Kemelut harga racun rumpai ini umpama bom jangka, ia akan menjadi isu penting yang hanya menunggu masa untuk meledak,”.
“Apa kamu (menteri-menteri) buat di atas sana?.” Khairy bertanya, dan memberitahu kenyataan yang beliau sampaikan itu merupakan messej utama yang perlu ditangani dengan segera.
Katanya, jika manipulasi pengilang dan peniaga mengenai bahan weedicide atau herbicide satu ‘permainan’ perniagaan, kerajaan perlu proaktif untuk membantu rakyat khususnya golongan pekebun.
“Kenaikan harga bahan itu melambung naik berlipat kali ganda,” jelasnya dan menambah harga komoditi semakin hari merundum sekaligus meletakkan status pekebun sebagai ‘miskin tegar’,”.
“Adakah kamu (menteri-menteri) sedar mengenai situasi ini,” Tanya Khairy lagi.
Khairy turut keliru dengan kenaikan harga baja yang beliau dakwa turut dimanipulasi oleh pengilang dan penjual.
Katanya, dua bahan penting pertanian itu dijadikan pihak tertentu sebagai sumber kekayaan sepanjang negara berhadapan cabaran pandemik Covid-19.
“Tetapi pekebun menerima kesan teruk daripada permainan mereka (pengilang / penjual racun dan baja),” tegasnya.
Khairy mahu Hajiji dan teamnya dalam kerajaan GRS mentelaah kenyataan beliau itu sebagai positif dan berdiri daripada duduk untuk mencari kaedah yang lebih agresif untuk menangani rintihan pekebun itu. – Oleh: EKOK AMIN