SELEPAS melakar sejaran The World’s Top Ten Most Potential Star Model Award dan The World Top Ten Most Photogenic Modal Award di Hunan China, sekali lagi Farah Ann Beaty, 16, melakar Malaysia di peta dunia melalui rancangan realitI yang dianjurkan oleh The International Mango Channel di Changsa Hunan China.
Farah menulis perkataan ‘bahagia’ dalam tulisan jawi sekaligus menobatkan remaja berdarah Kadazandusun dan Murut (KDM) dari Keningau Sabah itu diiktiraf sebagai antara pelajar genius di dunia.
Pelajar Tingkatan empat di Sekolah Menengah Ken Hwa Keningau itu merupakan anak pasangan Peter Beaty Fred dan Annie Thien dan bukan beragama Islam.
Tulisan Jawi digunakan sebagai tulisan utama di Malaysia lebih 1,000 tahun sebelum berubah kepada tuisan rumi, dan sebahagian besar perjanjian antara kesultanan di Tanah Melayu dengan kerajaan British menggunakan tulisan Jawi.
“Farah telah melakukan tugas yang sangat terpuji dan kerajaan Malaysia seharusnya memberi penghargaan besar… dia (Farah bukan beragama Islam) tetapi memiliki jatidiri Malaysia,” komen sebahagian besar ilmuan dengan merujuk pendapat Pakar Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia Dr. Muhamad Fathi Yusof yang diterbitkan oleh mY Metro pada 5 Januari 2020 sebagai sebahagian apa yang dilakukan oleh Farah semata-mata untuk mempertahankan martabat tulisan paling tua di Malaysia itu di pentas dunia.
Terbaru, Farah sekali lagi mencipta rekod apabila dipilih oleh sebuah station televesyen Malaysia (Radio Televesyen Malaysia – RTM) untuk mengisi program realtiti i-GEN yang bakal disiarkan dalam tempoh terdekat.
Rancangan i-GEN menampilkan individu-individu terpilih yang hanya mencipta kecemerlangan dan kejayaan di peringkat dunia.
“Farah antara individu-individu itu,” jelas Pengarah Filem rancangan itu Noorsahar dalam satu interview eksklusif di lokasi pengambaran yang dibuat sepenuhnya di Keningau.
Menurut ibu Farah, bakat seni anaknya mula terserlah sejak dibangku tadika lagi yang seterusnya tiket anak bertuah ini untuk menyertai pertandingan demi pertandingan nanyian yang rupanya jambatan emas kepadanya untuk merangkul dunia melalui bakat seni.
28 Julai 2017 merupakan detik pertama Farah menjejakkan kaki di peta dunia melalui pertandingan Children’s Star Search Cup China, beliau merangkul pingat emas selepas menamatkan persaingan 13 siri untuk anugerah kategori Culture and Art Winner Jin Guo.
Sekali lagi pada 20 Ogos 2018, gadis sunti Peter Beaty dan Annie itu merangkul anugerah Perak melalui pertandingan Culture and Art Festival yang juga dianjurkan di China.
Sepanjang tempoh tiga tahun, pelajar pintar itu meniti kejayaan untuk negara yang antaranya mendapat undangan ke pertandingan nyanyian anjuran The Shandong Broadcasting and Television, menyertai International Culture and Art Festival anjuran International Mango Channel pada 2018, menerima anugerah Potential Star dan The Best Global Star Award bagi kategori peragaan dan modelling.
Kejayaan unggul itu merupakan tiket percuma kepada Farah untuk dipilih menyertai program Star Sound Class di Beijing China bagi kaategori vocal terbaik.
Awal tahun pada 2020 sekali lagi Farah merangkul anugerah berganda emas melalui menyanyi berkumpulan anjuran CJAT China Beijing dan SFSC China Beijing.
Anak bungsu seramai lima beradik itu mencatat kejayaan demi kejayaan dalam tempoh tiga tahun berjurut, apa yang disifatkan oleh pakar ilmuan sebagai sesuatu yang luar biasa dicapai oleh seorang anak remaja yang membesar sepenuhnya di kawasan pedalaman Sabah.
“Farah membuktikan satu pencapaian terpuji yang perlu dicontohi … bukan semua remaja mampu lakukan .. pencapaian dunia itu marupakan kombinasi yang sangat baik diantara kedua ibu bapanya,” puji rata-rata ilmuan yang diminta untuk mengulas.
Seluruh warga The Borneo Digest mengucapkan Tahniah Kepada pasangan Peter Beaty Fred dan Annie Thien, seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan Farah Ann di peringkat dunia. – RE