Oleh: KALAWON SALANGIT
NABAWAN (Sabah, Malaysia): — Sharone QC Jonim, 19, menyingkirkan 11 peserta Unduk Ngadau kaamatan daerah Nabawan, dalam persaingan sengit untuk mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri yang akan berlangsung di dewan KDCA Penampang hujung bulan ini.
Pelajar martikulasi yang berasal dari Kg. Tiga Malinja itu, mencatatkan market tertinggi untuk dinobatkan sebagai ratu di peringkat daerah, sekaligus memikul amanah sekurang-kurangnya berada dalam barisan ‘top 3’ di peringkat Sabah.
Bercita-cita menjadi seorang usahawan Berjaya, Sharone memberitahu Borneo Digest bahawa beliau sedang menunggu tawaran untuk melanjutkan pelajaran peringkat ijazah di salah sebuah pusat pengajian tinggi di Negara ini.
Merlin Jeffarin, 20, yang juga berasal dari Kg. Tiga Malinja menduduki tempat kedua sementara Shuzanne Erni Ledion, 18, dari Kg. Bahagia Nabawan di tempat ketiga.