KENINGAU (Sabah, Malaysia): — Seorang maut selepas dua buah kenderaan bertembung di Jalan Sook – Keningau lewat petang pada Selasa.
Menurut saksi, kemalangan ngeri itu melibatkan kenderaan Perodua Myvi dan Toyota Vigo, dipercayai hilang kawalan dan bertembung diantara satu.
Mangsa yang maut meninggal di tempat kejadian sementara seorang lagi hanya mengalami kecederaan ringan.
Identiti mangsa belum dikenalpasti, namun saksi memberitahu kenderaan Perodua Myvi dipercayai memandu dari arah Kg. Malima.
Polis Keningau mengesahkan kejadian itu, sementara anggota Balai Bomba Keningau (BBP) mengeluarkan kenyataan yang dihantar melalui aplikasi whatsapp, yang menjelaskan butiran rngkas mengenai kemalangan itu.