PRESIDEN Volodymyr Zelensky memberi gambaran rundingan damai yang dilakukan antara Ukraine dan Rusia semakin ke arah positif.
Beliau bagaimanapun menegaskan perkara itu tidak mengakhiri serangan dari Rusia.
Zelensky menerusi ucapannya juga menyatakan pihaknya turut berwaspada dengan janji Rusia untuk mengurangkan tindakan ketenteraan di beberapa kawasan.
Namun, tegas pemimpin itu, Ukraine tidak akan sesekali mengurangkan pertahanannya.
“Kami boleh katakan rundingan itu adalah positif namun ia tidak menamatkan serangan dari Rusia,” katanya.
Tambah Zelensky, Ukraine hanya boleh mempercayai keputusan konkrit daripada rundingan damai itu.
Terdahulu, Rusia dan Ukraine mengadakan rundingan damai di Istanbul, Turki.
Dalam rundingan damai itu, Rusia berjanji untuk mengurangkan operasi ketenteraan di sekitar Kyiv dan utara Ukraine. – REUTERS