Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Peluk Islam tidak putus hubungan dengan keluarga — Ariffin

0
ariffin arif
ariffin menyampaikan cenderakenangan kepada penceramah

KENINGAU (Sabah, Malaysia) – Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah – Datuk Mohamad Ariffin Arif berkata, bahawa hubungan keluarga tidak akan terputus sekalipun terdapat anggota keluarga yang lain memilih untuk memeluk agama Islam.

Katanya persepsi itu tidak betul dan merupakan tanggapan negative semata-mata yang perlu dihindari.

“Perkara iniberlaku kerana mereka tidak faham mengenai Islam,” katanya kepada pengamal media selepas merasmikan seminar pembangunan saudara baru Islam di Keningau h.jung mingu lalu.

Ariffin berkata, jika terdapat persepsi seumpama itu bukan sahaja memberi gambaran yang tidak baik terhadap agama Islam, tetapi merupakan halangan bagi mereka yang berhasrat untuk memeluk agama itu dengan kerelaan sendiri.

“Apabila kita memilih Islam, kita tidak memilih untuk menolak keluarga yang bukan islam, ini adalah ajaran junjungan besar nabi SWT,” jelasnya dan menambah  masyarakat harus faham bahawa tidak ada bentuk yang boleh memutuskan hubungan keluarga walaupun berbeza fahaman agama.

Pembantu Menteri itu menekankan bahawa jalinan persaudaran dan perpaduan tanpa mengira bangsa dan agama adalah salah satu kunci utama dalam ajaran agama Islam yang sekian lama diterapkan dalam kehidupan seharian.

Ketika merasmikan seminar itu, Arifin berkata program seminar yang diadakan ini adalah bagi memberi pelbagai pengetahuan dan meningkatkan ketakwaan terhadap Allah SWT kepada saudara baru Islam mengenai ajaran Islam yang sebenar.

Kertas kerja bertajuk Kukuhkan Keyakinan Dengan Ilmu Pengetahuan dan Sifat Takwa Benteng Diri yang Kukuh disampaikan oleh Proffessor Doktor Taufiq Yap Hun Hin dari Universiti Putera Malaysia.

Mederator seminar itu ialah Ustaz Norjeli Haji Dais yang merupakan Pengetua Institut Pengajian Islam Dan Dakwah (IPDAS) Keningau. dan Awang Juri Awang Tahir dari Pegawai Tadbir Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Sandakan.

Pembantu Menteri Pertanian da Industri Makanan Datuk Haji Sairin Haji Karno hadir sama di seminar itu.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.