Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Hayati Al-Quraan — Sairin

0
sairin - 1
Sairin diberi taklimat mengenai kaedah melihat anak bulan sambil diperhatikan oleh Datuk Ariffin Arif

KENINGAU (Sabah, Malaysia) – Penghayatan serta pemahaman isi kandungan Al-Quraan amat penting, kata Datuk Sairin Karno.

Berucap merasmikan Konvensyen Al-Quraan sempana Majlis Tilawah Al-Quraan Peringkat Negeri Sabah di Keningau, Sairin berkata, dengan adanya penghayatan dan pemahaman  terhadap kandungan kitab itu, ia mampu menjadi benteng kepada keruntuhan akidah dan akhlak dikalangan penganut agama itu.

“Penekanan saya ialah mengenai pemahaman dan pemahaman yang semaksimanya terhadap kitab ini ,” katanya dan menambah generasi muda adalah sasaran missi itu.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah itu mengambit penyertaan badan keagamaan Islam serta badan bukan kerajaan di negeri ini, agar mempelbagaikan usaha dalam meningkatkan minat masyarakat Islam untuk menghayati ajaran Nabi Muhamad S.A.W sebagaimana yang termaktub dalam Al-Quraan.

Di masa yang sama Sairin menyarankan kepada badan-badan itu supaya sentiasa memastikan tidak ada pihak yang tidak bertanggungjawab  mengambil kesempatan untuk memutarbelitkan isi kandungan kita suci Al-Quraan.

Katanya, perbuatan memutarbelitkan isi kandungan  boleh memberi kesan negatif kepada penyebaran agama islam.

Pameran seni kraftangan berasaskan keagamaan yang dipersembahkan oleh agensi kerajaan dan swasta serta kempen derma darah dan sesi dialog, turut diadakan sepanjang konvensyen itu.

Datuk Mohamad Ariffin Arif – Pembantu Menteri Kepada  Ketua Menteri merangkap Pengerusi JawatanKuasa Induk Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sabah 1437 Hijarah 2016 Masihi Datuk Haji Mohamad Ariffin Arif,  Mufti Kerajaan Negeri Sabah Datuk Haji Bungsu Aziz Haji Jafaar diantara tetamu kehormat konvensyen itu.

 

 

 997 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.