Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

800 berentap kaamatan Fun Run Tenom

0

TENOM (Sabah, Malaysia): –Kaamatan Tenom Fun Run yang julung kali diadakan pada Ahad ini, Berjaya mengambit penyertaan seramai 800 peserta.IMG-20160423-WA0037

“Kami sangat teruja dengan penyertaan diluar jangkaan ini,” jelas pengerusi penganjur, Kenny Tomas (gambar).

Kaamatan Tenom Fun Run merupakan acara menarik sempena pelancaran kaamatan peringkat negeri Sabah yang akan dilangsung di daerah Tenom pada Ahad ini (24 April 2016).

Menurut Kenny, setiap peserta dikehendaki berlari sejauh 10 Km dalam tempoh 2 jam 30 minit untuk sampai ke garisan penamat.

“Mereka (peserta) perlu melalui cheakpoint yang akan membekalkan mereka riben C untuk mengesahkan mereka layak mendapatkan tiket bertuah,” katanya dan menjelaskan, riben bagi kategori remaja lelaki dan perampuan 18 tahun ke bawah berwarna biru, merah untuk kategori terbuka lelaki dan perempuan 19 tahun hingga 50 tahun dan hijau bagi kategori veteran lelaki dan perempuan 51 tahun ke atas.

Kenny yang merupakan Pegawai Penerangan Daerah Tenom memberitahu, masa pelepasan ialah pada jam 7 pagi bagi kategori lelaki dan perempuan terbuka 19 hingga 50 tahun, sementara 7.10 minit bagi kategori remaja dan lelaki veteran lelaki dan perempuan.

Kesemua peserta dikehendaki berada di lokasi pelepasan seawal jam 6 pagi pada Ahad ini.

Mengenai acara itu, Kenny berkata sambutan yang begitu menggalakkan itu satu petanda yang positif, untuk menjadikan acara itu diadakan dengan inovasi yang lebih kemas pada tahun hadapan.

“Kami ke arah itu,” katanya kepada Borneo Digest. – Oleh: KALAWON SALANGIT.

 375 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.