Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pengusaha bas Keningau – Apin-Apin dakwa dipinggirkan

0
IDING AMBAGU

NASIB seramai 30 orang pengusaha pengangkutan bas yang menjalankan perniagaan pengangkutan diantara bandar Keningau ke Apin-Apin menghala zon ‘gulung tikar’, berikutan pendapatan mereka terjejas teruk sepanjang tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 sehingga kini.

Jurucakap pengusaha-pengusaha bas di situ, Iding Ambagu berkata, nasib mereka cukup malang dan tidak seperti pengusaha e-hiling, bas sewa dan pengusaha teksi yang diberikan pelbagai bentuk pakej bantuan daripada kerajaan.

“Dengan kapasiti penumpang yang dikawal (SOP), kami hanya memperolehi pendapatan harian dibawah paras miskin tegar,”.

“.. Kami mempunyai keluarga yang perlu ditanggung, kami membayar ansuran bas, kami membayar lesen pengangkutan dan cukai pada setiap tahun,”

“Bakat kami dalam bidang perniagaan pengangkutan, namun dalam situasi sekarang kami benar-benar tertekan,” Jelas Iding dan berkata, mereka semakin putus asa untuk meneruskan perniagaan yang mereka ceburi sejak sekian lamanya.

Ironinya tambah Iding, pihak berkuasa pengangkutan khususnya Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah tidak melayan aduan yang mereka kemukakan.

“Syor dan nasihat mereka LPKP sangat mengecewakan,” Katanya sambil merayu kepada kerajaan supaya menyeneraikan mereka sebagai sebahagian daripada penerima pakej bantuan sepanjang pandemic Covid-19.– Oleh: EKOK AMIN

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.