DIA seorang editor yang terbaik, seorang sahabat, mentor, pengkritik dan seorang abang yang tidak lokek dengan ilmu.
Dia tidak pernah merungut ketika dalam situasi sukar.
Suatu ketika dalam sekitar tahun 80an, dia menegur dengan ikhlas mengenai teks ucapan yang saya buat untuk seorang menteri, ketika itu saya bertugas sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Kewangan, katanya; ‘ubah font tulisan supaya menteri senang baca’.
Saya tersinggung pada dasarnya, tetapi ketika menteri membaca teks itu dalam satu majlis, menteri itumenegur kesukarannya untuk membaca teks itu dengan baik kerana tulisan terlalu kecil (Roman 12pt).
Sekali lagi dalam satu majlis di Tambunan, dia memberitahu bahawa saya sangat berbakat dalam bidang kewartawanan, kami terpisah di Tambunan dan hanya bertemu semula sebagai kakitangan akhbar New Sabah Times.
Saya adalah antara anak didiknya yang beliau hubungi ketika mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Afdal umumkan Colin Nicholas Forsythe sebagai Setiausaha Akhbar, katanya; ‘betul cakap Tuan, akhirnya saya dilantik Setiausaha Akhbar menteri .. tetapi dulu you dengan kewangan .. saya dengan CM’.
Dia tidak pernah ketawa terbahak-bahak kegembiraan tetapi mensyukuri peluang itu dan menyimpan pesanan saya ketika pertemuan di satu majlis di Tambunan kira-kira 41 tahun yang lalu.
Setiap kali ke kawasan Pedalaman Sabah, dia tidak pernah lupa untuk mengajak saya ‘kupi kupi’ bersama seorang lagi wartawan veteran, saudara Marutin Ansiung.
Dia tidak pernah bagi duit kepada saya kerana katanya, persahabatan yang ikhlas lebih utama berbanding yang lain.
Ketika saya menubuhkan portal The Borneo Digest pada Tahun 2016, dia menghubungi saya beberapa tahun kemudian untuk menubuhkan portal Borneo Today.
Beza The Borneo Digest dengan Borneo Today sangat jauh, portal yang lebih tua ini kurang dikenali kerana hanya dikendalikan oleh tiga orang yang kesemua bertugas secara sukarela, berbanding portal Borneo Today yang lengkap dengan ‘team’. Ada penyokong dana yang kuat dan dikendalikan sepenuhnya oleh mantan-mantan wartawan berpengalaman.
Perkataan terakhir daripada dia yang saya ingati sehingga ke umur hayat; ‘suatu ketika Tuan menjadi seorang yang berpengaruh dalam politik, kewartawanan’.
“Jangan tinggalkan dunia kewartawanan .. bina The Borneo Digest dengan sebaiknya .. minta tolong dengan kawan-kawan .. bincang dengan Datuk Seri Dr. Salleh Keruak,”.
Pesanan ini saya simpan dan diamkan, saya tidak pernah mengadu domba dengan siapa-siapa mengenai kekurangan The Borneo Digest, tetapi saya terus menulis dan mengendali portal ini dengan sabra.
Pesanan-pesanan dia ini antara yang tidak pernah saya tunaikan, bukan kerana saya tidak ada kenalan dikalangan orang politik, tetapi saya berpegang kuat dengan integerti kewartawanan.
Saya sangat sedih dengan pemergiannya, saya kehilangan seorang sahabat karib yang sangat baik, dan mungkin selepas ini saya akan berusaha untuk menunaikan pesanannya dan berusaha memohon temujanji dengan Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak (sekarang YB) untuk menyampaikan hasratnya.
Da lah COLIN NICHOLAS FORSYTHE yang saya kenali, saya sangat merindui beliau.
Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira 6 petang tadi selepas lebih setahun bertarung melawan kanser limfoma.
Mendiang meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak serta lapan cucu.
Bekas Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal ini memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan sebagai wartawan sambilan akhbar The Star cawangan Johor semasa usia belasan tahun.
Kemudian anak kelahiran Negeri Sembilan ini berpindah ke Sabah semasa berusia 17 tahun untuk meneruskan kerjayanya dalam bidang kewartawanan menerusi pelbagai organisasi media selama hamper 40 tahun.
Beliau pernah menjadi wartawan sepenuh masa di Daily Express dan New Sabah Times. Selain itu, beliau juga pernah menjadi wartawan sambilan Borneo Bulletin dan New Strait Times.
Sepanjang kerjayanya dalam bidang kewartawanan, Colin pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Persatuan Wartawan Sabah (SJA).
Pengasas portal Borneo Today ini bukan sahaja aktif dalam bidang kewartawanan sepanjang usianya malah, beliau turut menyumbang bakti menerusi kerja-kerja kebajikan yang dilakukan.
Beliau turut menubuhkan asrama pelajar di Kampung Sulit Paitan bagi menempatkan kira-kira 30 pelajar sekolah yang berhadapan kesukaran untuk ke sekolah kerana kedudukan rumah yang begitu jauh dari sekolah.
Atas sumbangan yang diberikan dalam membina asrama pelajar itu, beliau membantu mengatasi masalah keciciran pelajar di kampung tersebut.
Hasil penulisannya dan kerja-kerja amal yang dilakukan sepanjang hayatnya pasti akan dikenang. – DG HENRY