Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pesara cedera parah selepas bateri disumbat dalam kemaluan meletup

0

MELBOURNE: Perbuatan seorang lelaki Australia berusia 73 tahun menyumbat bateri butang dalam kemaluannya bagi meningkatkan kepuasan seksual membawa padah apabila bateri berkenaan meletup, menyebabkan zakarnya cedera parah.

Dalam tragedi yang berlaku di Footscray, Victoria, bahagian zakar pesara lelaki terbabit mengalami kecederaan parah selepas bateri yang disumbat dalam uretra atau saluran kencing meletup.

Pakar perubatan dari Jabatan Urologi Hospital Western Health, Brendan Akihiko Yanada, menerusi laporan media tempatan, menjelaskan penemuan ‘barang asing’ di bahagian uretra lelaki terbabit menerusi imbasan sinar-X.

Beliau menjelaskan, segelintir lelaki lelaki secara umumnya sering memasukkan barangan ke dalam bahagian alat sulit mereka demi mendapatkan kepuasan seksual, antaranya termasuk termasuklah dawai, skru, sudu, atau objek kecil lain.

Bahan kimia dalam jenis bateri bulat atau bateri butang yang digunakan dalam kes terbabit boleh menyebabkan penghakisan dan kerosakan tisu apabila dimasukkan ke dalam uretra.

Lelaki terbabit tiba di hospital 24 jam selepas memasukkan tiga bateri butang ke dalam uretra zakarnya.

Beliau mengaku kerap memasukkan objek ke dalam bahagian sulitnya untuk kepuasan seksual dan sebelum ini tidak mempunyai masalah mengeluarkan objek berkenaan.

Namun, kali ini bateri tersebut telah masuk lebih dalam di bahagian uretra zakar dan beliau cuba berulang kali untuk mengeluarkannya tetapi gagal.

Tambah Yanada, doktor terkejut apabila mendapati bateri yang meletup itu menyebabkan lapisan seperti tar hitam di dalam alat sulitnya, yang menghakis tisu secara berterusan.

Walaupun percubaan untuk mengeluarkan bateri dibuat, pesakit terbabit tidak dapat menahan kesakitan prosedur itu lalu ia ditangguhkan.

Pesakit itu kemudian diberi ubat bius sebelum bateri itu dapat dikeluarkan, namun terpaksa kembali ke hospital selepas 10 hari kerana alat sulitnya bengkak dan bernanah.

Mangsa terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang sebahagian daripada zakarnya kerana segmen tisu sepanjang lapan sentimeter sudah mati, bagi mengelakkan jangkitan merebak. – AGENSI

 

 725 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.