Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Piala AFF: The Lions samakan Indonesia dengan Liverpool

0

SINGAPURA menyamakan pasukan kebangsaan Indonesia dengan Liverpool menjelang separuh akhir Piala AFF 2020 (2021).

CNN Indonesia melaporkan, persamaan itu merujuk kepada corak permainan pasukan kebangsaan Indonesia.

The Lions menilai corak permainan pasukan kebangsaan Indonesia adalah sama dengan Liverpool di bawah Jurgen Klopp.

“Di bawah jurulatih Indonesia, mereka menggasak jauh di kawasan lawan dan pantas apabila pasukan lawan menguasai bola dan sering memaksa lawan melakukan kesilapan,” tulis Singapura dalam ulasan mereka.

Pasukan kebangsaan Indonesia memang berjaya membuat kejutan dengan permainan agresif di peringkat kumpulan.

 

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.