Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

PKP menyusahkan

0
Gambar hiasan

CARA dan gaya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh amat menyusahkan dan memberi kesan yang sangat buruk  seluruh rakyat,  yang  bukan sahaja di daerah Keningau tetapi meliputi  seluruh rakyat Malaysia, bahkan  saya percaya kesannya lebih teruk berbanding  Covic19 itu sendiri. Percayalah atau tidak   ekonomi ekonomi rakyat Malaysia terutamanya kepada mereka yang terlibat dalam aktiviti perniagaan khususnya perkhidmatan seperti  restoran, gerai, café , homestay, hotel dan resort terjejas dan musnah.

Gambar hiasan

Covid 19 menyerang seluruh dunia, ia isu global  dan saya yakin mengenai ini, cuma saya jelaskan di sini bahawa kerajaan tidak sepenuhnya bersedia untuk menanganinya secara holistik yang bermaksud rakyat menanggung derita yang amat besar sepanjang tempoh perlaksanaan kawalan.

Penyaluran bantuan sangat terpimpin dan hanya golongan-golongan tertentu berdasarkan klifiasi diberi keutamaan, masih ramai di luar sini khususnya penduduk luar bandar tidak menerima apa-apa bantuan sebagaimana yang dicanangkan.

Pada hemat saya, PKP ini  dilaksanakan tanpa kajian terperinci mengenai sebab-sebab terjadi dan tempat-tempat terjadinya kluster-kluster baru Covid19 itu, sebagai rakyat biasa, semua Pusat-Pusat Makan seperti restoran-restoran, Café-café, Gerai-gerai dan kedai makan amat takut dan begitu patuh kepada S.O.P yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan. Dan di Daerah Keningau, Sabah sebagai contohnya,  belum ada satu pun kluster yang dikesan daripada Pusat-Pusat Makan, Restoran,Café atau Gerai kerana para Pangusaha Pusat-Pusat Makan ini begitu patuh kepada S.O.P yang Pihak Kerajaan telah tetapkan.

Dimanakah rasionalnya mengizinkan pengusaha pasaraya-pasaraya, kedai-kedai runcit, kedai-kedai alat binaan, kedai-kedai alat ganti kenderaan  beroperasi tetapi menghalang  Pusat-pusat Makan beroperasi seperti biasa padahal Pusat-pusat Makan ini begitu mematuhi S.O.P ?

Jika saya sebagai rakyat biasa dapat melihat perkara ini dengan jelas, kenapa kerajaan tidak menyedarinya?  Amat menyedihkan begitu banyak perniagaan Pusat-Pusat Makan mengalami kerugian bahkan ada yang terpaksa menutup perniagaan akibat dihalang beroperasi dan Pihak Kerajaan seolah-olah langsung tidak melihat perkara ini. Ataukah mereka langsung tidak peduli?

Oleh sebab itu, disini saya mencadangkan bahkan merayu sangat kepada Pihak Kerajaan supaya;

“MENGIZINKAN RESTORAN-RESTORAN, KEDAI-KEDAI MAKAN, GERAI-GERAI DAN SEMUA PUSAT-PUSAT MAKAN DAN MINUM BEROPERASI DENGAN S.O.P (PROSEDUR PENGENDALIAN STANDARD) YANG WAJIB DIPATUHI”…atas alasan-alasan seperti berikut:

  1. Tiada Pusat-Pusat Makan dan Minum yang menjadi penyebab terjadinya kluster Covid19.
  2. Hampir kesemua Kluster Covid19 adalah disebabkan oleh Majlis-majlis yang diadakan sama ada di kampung-kampung, taman-taman perumahan atau juga majlis-majlis  perhimpunan, dan saya nyatakan sekali lagi “Bukan Pusat-Pusat Makan!!”.
  3. Mengambil sikap “PRIHATIN” kepada nasib pengusaha-pengusaha Pusat-Pusat Makan ini kerana mereka juga manusia biasa yang pandai merasa sakit, derita sengsara dan ada keluarga untuk ditanggung.

Sekian, semoga Pihak Kerajaan dapat mengambil sikap “positif” dan memahami secara mendalam setiap bait perkataan yang saya  luahkan di sini. – Oleh: James Henry (Penulis adalah mantan Ketua Daerah Keningau yang merupakan aktivis masyarakat yang dikenali).

TULISAN ini tidak mencerminkan dasar editorial The Borneo Digest, ia tidak disunting tetapi mengubah sedikit sebanyak bagi tujuan menjelaskan dengan sepenuhnya maksud dan luahan penulisnya. — Editor.

 

 

 

 

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.