PERDANA Menteri Jepun, Fumio Kishida mengiystiharkan kemenangan hari ini selepas parti pakatan pimpinannya memenangi majoriti undian pilihan raya umum yang diadakan.
Sehubungan itu, beliau berjanji untuk membentuk beberapa pelan bagi menguruskan kos perbelanjaan pandemik Covid-19 pada bulan ini.
Langkah itu dilakukan bagi memulihkan semula ekonomi Jepun yang terjejas akibat pandemik tersebut.
Parti pemerintah, Parti Demokratik Liberal (LDP) dan pakatannya, Komeito memenangi 293 daripada 465 kerusi di Parlimen.
Sebelum ini, pakatan parti tersebut memenangi sebanyak 305 kerusi.
Dalamm pada itu, Kishida mengakui pilihan raya kali ini lebih sengit, namun kejayaan menjadi milik LDP. – AFP