Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Polis diseret sejauh satu kilometer pengutip hutang

0

SEORANG anggota polis cedera parah apabila berpaut dan terseret pada sebuah kereta sejauh satu kilometer sebelum terjatuh dan digilis kenderaan itu.

Lapor Kompas.com, kejadian itu berlaku di Jeneponto, Sulawesi Selatan dan aksinya dirakam dalam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Insiden itu menyaksikan anggota polis tersebut yang dikenali sebagai Uji Mugni cuba menghalang sebuah kereta dirampas pengutip hutang di sebuah persimpangan di Jalan Sultan Hasanuddin.

Berdasarkan rakaman CCTV, anggota polis itu berpaut pada bahagian depan kereta berwarna merah tersebut sebelum kenderaan itu dipandu laju.

Orang ramai yang berada di situ cuba membantu, namun gagal dan anggota polis itu diseret sambil berpaut pada kereta itu sejauh satu kilometer.

Lebih malang, Uji terjatuh ketika kereta itu bergerak dan badannya digilis, menyebabkan dia mengalami kecederaan parah.

Anggota polis itu kemudiannya dikejarkan ke hospital dan pemandu kereta merah tersebut juga sudah ditahan.

Sementara itu, polis akan menyiasat insiden tersebut bagi mengenal pasti motif pengutip hutang berkenaan.

 

 

 78 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.