Oleh DG HENRY


SOKONGAN kepada pemimpin – kedua-dua gadis KDM (Kadazandusun dan Murut) ini, seorang dari daerah Keningau Ally Ajub, 26, dan seorang lagi dari Kg. Baab Tenom Joeanne Mailap, 22, sanggup datang ke Dewan Seri Antenom untuk menyambut Presiden KDM Malaysia Datuk Peter Anthony di Majlis penerangan parti yang bakal ditubuhkan.
Ally yang memakai pakaian tradisi Murut dan Joeann tradisi Dusun begitu bangga diberi peluang menyambut pemimpin KDM yang namanya semakin popular dikalangan kaum KDM di Sabah.
“Ini adalah sejarah hidup kami,” Jawab kedua-dua gadis ini, dan menambah bersedia pada masa akan datang untuk mengalas tugas yang sama.
Peter Anthony tiba jam 3 petang pada Jumaat di Dewan Seri Antenom untuk menyampaikan amanat dihadapan ribuan etnik KDM mengenai halatuju parti baharu yang bakal dilancarkan sedikit masa lagi.
Pengasas parti Warisan itu meninggalkan parti pimpinan Datuk Seri Shafie Afdal pada 28 Disember 2021kerana tidak bersetuju dengan tindakan mengembangkan sayap ke Semenanjung Malaysia
287 total views, 1 views today