PAPAR (Sabah, Malaysia): Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) pada Ahad mengejutkan, apabila secara terbuka memberitahu kesediaan untuk bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbahau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Upko adalah kompenan Pakatan Harapan (PH).
Bercakap kepada pengamal media selepas melakukan pengulungan Mini Konvensyen Upko Zon D (Papar, Kimanis, Beaufort), presiden parti itu Datuk Ewon Benedick berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor selaku rakan dalam kerajaan negeri dan rakan PH.
“Secara rasminya, saya ingin mendaftarkan minat UPKO untuk bertading di kerusi DUN Limbahau mewakili PH.
“Saya akan kemukakan pendirian ini kepada Ketua Menteri selaku rakan dalam kerajaan negeri dan rakan dalam PH,”.
“Pada pilihan raya lepas kerusi Parlimen ditandingi oleh DAP satu daripada parti gabungan PH tetapi dalam DUN Limbahau kita daftarkan minat untuk mahu bertanding di kerusi ini dengan kerjasama parti gabungan,” katanya..
Ketika ditanya mengenai calon, Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, parti itu mempunyai calon yang ingin diketengahkan.
“Soal calon, perkara kedua yang saya fikirkan kemudian. Apa yang penting ialah kita minta kerusi dulu,” katanya.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2020, Datuk Juil Nuatim yang bertanding atas tiket Parti Warisan memenangi kerusi itu dengan majoriti 2,523 undi, menewaskan tujuh calon lain.