Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kerjasama GRS-PH mesti dibuktikan dengan perkongsian kuasa – UPKO

“Ini tidak harus belaku kerana tanpa sokongan PH semasa krisis politik yang lalu, mereka yang duduk dalam kabinet Sabah tidak berada di situ dan kerajaan pada hari ini tidak terbina,” - Ewon

0

Presiden Upko, Datuk Ewon Benedick (tengah) bergambar ramai dengan [erwakilan konyensen di Kg. Biau, Papar pada Ahad
PAPAR (Sabah, Malaysia): Parti Upko mahu supaya kerjasama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – Pakatan Harapan (PH) harus diterjemahkan dengan perkongsian kuasa melalui pelantikan pemimpin peringkat akar umbi.

Presiden parti itu, Datuk Ewon Benedick menegaskan perkongsian kuasa itu haruslah bermula daripada pelantikan ketua-ketua adat di daerah-daerah seluruh Sabah.

Ewon ketika ditemuramah pemberita selepas Konyensen Upko Zon D (Papar, Kimanis, Beaufort) di Kg. Biau Papar. Turut kelihatan Setiausaha Agung Upko Datuk Nelson W. Anggang (dua kanan) dan Ketua Penerangan Upko Dr. Peter Nuantin (kiri)

“Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, saya bangga kerana telah melaksanakan formula perkongsian kuasa 60:40 di Kadamaian di mana 60 peratus pelantikan daripada parti dan gabungan parti saya dan selebihnya daripada gabungan parti yang menyokong kerajaan negeri iaitu GRS.

“Saya berharap formula perkongsian kuasa yang dilaksanakan di Kadamaian dapat dicontohi oleh Adun-Adun di kawasan lain, kerana tanpa sokongan Adun-Adun PH tidak mungkin kerajaan hari ini di Sabah dapat dikekalkan.

“Kalau Adun UPKO Kadamaian boleh melaksanakan perkongsian kuasa, tidak harus ada sebab Adun di kawasan lain tidak boleh berkongsi dengan parti-parti yang sokong kerajaan negeri,” katanya kepada pengamal media selepas merasmikan Konvensyen UPKO Zon D, di Dewan Kg.Biau, di sini, Ahad.

Ahli Parlimen Penampang itu menekankan, isu perkongsian kuasa antara yang dikemukakan oleh para perwakilan pada konvensyen itu.

“Saya menerima makluman bahawa, pelantikan pemimpin peringkat akar umbi tidak seimbang sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati terutama di kawasan yang tidak diwakili oleh PH.

“Ini tidak harus belaku kerana tanpa sokongan PH semasa krisis politik yang lalu, mereka yang duduk dalam kabinet Sabah tidak berada di situ dan kerajaan pada hari ini tidak terbina,”.

“Jadi kalau sokongan kami diperingkat kerajaan negeri boleh diterjemahkan sehingga mereka kekal di situ, maka pendekatan sama harus dibuktikan di peringkat akar umbi.

“Ini pendirian parti saya dan kita akan sampaikan kepada kerajaan negeri dengan perjumpaan khas saya bersama Ketua Menteri (Datuk Hajiji Haji Noor),” katanya.

Sehubungan itu Ewon berharap, kerjasama antara GRS-PH harus ada keikhlasan yang tulen dan diterjemahkan dalam pelantikan pemimpin peringkat akar umbi.

Beliau berkata, formula perkongsian kuasa itu juga perlu bagi mengelak timbulnya banyak persoalan dan ketidakpuasan pelbagai pihak.

 

 778 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.