Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Puluhan ribu rakyat Iraq berarak sokong Palestin di Baghdad

0

BAGHDAD: Puluhan ribu penunjuk perasaan berkumpul di Dataran Tahrir Baghdad bagi menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin sekali gus membantah pengeboman Israel ke atas Gaza.

Demonstrasi itu diketuai pemimpin Syiah yang berpengaruh, Muqtada al-Sadr.

Kataib Hezbollah yang merupakan anggota kumpulan bersenjata kuat yang mempunyai hubungan rapat dengan Iran berkata pihaknya akan menyasarkan pangkalan AS dengan peluru berpandu, dron, dan pasukan khasnya jika Washington masuk campur tangan dalam konflik itu.

Dalam pada itu, protes serupa dijanka diadakan di Lubnan, Syria dan negara Arab lain selepas solat asar pada Jumaat.

Rakaman media tempatan juga menunjukkan rakyat Jordan berarak menuju ke sempadan dengan Israel.

Sementara itu, sayap bersenjata Hamas Briged Al-Qassam berkata ia melancarkan 150 roket ke arah bandar Ashkelon di Israel “sebagai tindak balas kepada perpindahan dan sasaran orang awam”.

 

 375 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.