Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Saya berusaha menjadi Wakil Rakyat Terbaik — Rasinin

Tuntut manifesto wujud kilang proses minyak sawit, atasi isu kesesakan jalanraya dalam bandar dan selesai masalah sampah tidak terurus di Keningau

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Sebuah kilang memproses minyak sawit, memperkasa promosi pelancongan serta menyelesaikan isu kesesakan dalam bandar serta sampah yang tidak diurus dengan baik, antara tugasan awal yang akan dilaksanakan oleh Wakil Rakyat Liawan Rasinin Koutis, sebaik memulakan tugasnya sebagai wakil rakyat.

Bercakap kepada media selepas ditemui ketika melakukan lawatan kerja pertama bagi bertemu dengan peniaga Tamu Minggu Keningau di sini pada Ahad, Rasinin berkata, kesemua yang beliau nyatakan seperti di atas termasuk dalam manifesto parti Waisan dan perlu digalas untuk dilaksanakan segera.

Katanya, sebaik melapor diri sebagai Pembantu Menteri di Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, beliau akan segera membincangkan masalah-masalah itu kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Shafie Afdal untuk diselesaikan.

“Insyallah, saya akan jalankan tugas dengan sebaiknya,” katanya.

Rasinin juga berkata bahawa beliau akan berusaha untuk mencari kaedah bagi mengwujudkan peluang pekerajaan kepada golongan belia di daerah ini.

Pilihanraya ke- 14  lalu menyaksikan Rasinin yang bertanding atas tikit parti Warisan menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Sairin Karno dengan majoriti undi sebanyak 1,382.  Rasinin memperolehi 6,387 undi sementara Sairin memperolehi 5,005 undi.

Dua calon lain ialah Kong Fui Sheng daripada parti Star memperolehi 1,809 undi dan Hussien @ Jaimis Kassim 179 undi dan hilang wang pertaruhan.

Rasinin berkata beliau akan berjumpa  dengan kumpulan pakar (konsultant) untuk membincang dan merangka Plan Pembangunan N. 34 Liawan.

“Saya akan lakukan perkara ini dan berbincang dengan mereka (konsultant) dalam masa terdekat,” katanya.

 

 

 540 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.