Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Saya mahu rakyat Sarawak memilih calon BN — Najib

0

LIMBANG (Sarawak, Malaysia): — Dato’ Seri Najib Tun Razak mahu rakyat Sarawak supaya memilih calon BN yang menggunakan symbol dacing, dan bukan symbol lain pada pilihanraya negeri yang akan datang.FB_IMG_1459604074084

“Ini bagi memastikan kesinambungan pembangunan negeri ini (Sarawak),” katanya semasa merasmikan program Sejiwa Senada (SJSN) Limbang di Kompleks Sukan Limbang pada Sabtu (2 April 2016).

Di majlis sama Perdana Menteri Malaysia itu mengumumkan untuk mengadakan rundingan dengan Brunei untuk mencari kaedah sesuai bagi memendekkan masa perjalanan dari Kuching ke Lawas berikutan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo bernilai RM16 bilion.

Ketika ini katanya perjalanan darat dari Kuching ke Lawas dianggarkan 20 jam berikutan adanya pemeriksaan imigresen dan kastam di sempadan Malaysia dan Brunei.

“Kita akan bincang dengan Brunei kalau boleh masa perjalanan dari Kuching ke Lawas dapat dipendekkan antara 12 jam atau 14 jam,” jaminnya

Ketika ini terdapat empat pemeriksaan kastam dan imigresen di sempadan Malaysia-Brunei iaitu di Sungai Tujuh, Miri dan Kuala Belait, Brunei serta Tedungan, Limbang dan Kuala Lurah, Brunei.

Katanya, untuk perjalanan dari Kuching ke Miri, masa perjalanan akan dapat dipendekkan daripada 14 jam kepada sembilan jam kalau tidak berhenti-henti setelah projek lebuh raya itu siap kelak.

Najib memberi jaminan bahawa projek Lebuh Raya Pan Borneo tidak akan dikenakan tol kerana ia merupakan laluan utama pengguna jalan raya di negeri ini.

Beliau menyelar tindakan DAP Sarawak yang berbohong dengan mendakwa kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dinaikkan daripada 6 peratus sekarang kepada 10 peratus selepas pilihan raya negeri nanti.

“Itu pembohongan, menipu rakyat Sarawak,” katanya dan menjelaskan bahawa GST tidak akan dinaikkan walau dengan apa keadaan.

Ketika menyampaikan ucapan pendulu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem memberi jaminan rundingan royalti minyak antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan akan diteruskan.

“Harga minyak masih menurun namun selepas harga minyak naik rundingan akan diteruskan supaya kita dapat royalti yang diminta iaitu 20 peratus,” katanya.

 972 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.