Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Sah! Empat rakyat Malaysia diculik

0

KOTA KINABALU (Sabah, Malaysia): Datuk Abdul Rashid Harun mengesahkan empat rakyat Malaysia diculik sekumpulan lapan lelaki bersenjata di perairan Ligitan petang pada Jumaat (1 April 2016).DATUK ABD RASHID HARUN

Pesuruhjaya polis Sabah itu memberitahu bahawa kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.15 petang, dan menjelaskan butiran yang diculik berumur 21 hingga 34 tahun dan merupakan antara Sembilan kakitangan kapal tunda yang sedang dalam perjalanan pulang dari Filipina ke Malaysia.

Senerai yang dikenalpasti terdiri daripada Wong Teck Kang, 31, Wong Hung Sing, 34, Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21.

Abdul Rashid berkata, terdapat lima individu lain berada dalam kapal tunda itu, masing-masing warga Myanmar dan Indonesia namun dilepaskan oleh kumpulan bersenjata itu.    Beliau menjelaskan kejadian itu kepada pengamal media selepas upacara perbarisan tamat latihan Program Latihan Asas Kepolisan Konstabel Siri 2/2015 di sini, Sabtu.

Katanya,  polis  sedang menyiasat dan mengumpul maklumat termasuk mengenal pasti lokasi sebenar kejadian itu berlaku.

“Kita jangan terus membuat kesimpulan mengatakan ini kawasan kita, mungkin juga ini berlaku di perairan antarabangsa, tetapi oleh kerana mereka dalam perjalanan nak ke Tawau, maka laporan segera dibuat kepada kita.

“Kawasan perairan Ligitan yang dikatakan berlakunya kejadian itu luas dan ada aset kita (di sana). Jadi kita sedang menyiasat dan menunggu keputusan adakah betul berlaku di perairan kita, ataupun belum masuk ke perairan kita,” katanya.

Kapal tunda dan kakitangan yang selamat telah dibawa ke Tawau dan polis akan mengambil keterangan daripada mereka untuk mendapatkan maklumat mengenai kes tersebut.

Pengurus pentadbiran syarikat perkapalan yang didaftarkan nama ‘Masfive 6’ membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri Sarawak pada malam Jumaat selepas menerima panggilan telefon daripada rakan sekerja mengenai penculikan empat rakyat Malaysia itu yang dalam perjalanan pulang selepas selesai membawa kayu balak ke Manila, Filipina.

Sehingga berita ini ditulis belum ada panggilan daripada penculik yang bertanggungjawab mengenai sebarang tuntutan.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.