Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Saya mengalas amanah besar bantu rakyat – Flovia

0

Oleh DG HENRY dan ILIK UKIM

Berjiwa rakyat .. Flovia bertanya khabar sambi memegan tangan seorang warga emas yang ujud di Kg. Kosugui, sambil dierhatikan oleh Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) Rugayah Ag. Besar (kanan)

WAKIL  Rakyat Tulid Flovia Ng berkata, beliau mengalas amanah besar untuk menunaikan tanggungjawab dengan jujur dan bijaksana kepada rakyat.

“Prinsip saya ialah mewakili  semua rakyat tanpa mengira fahaman politik,” Katanya dan menambah,salah satu peranan utamanya ialah sebagai mekanisma penyampai pendapat dan kehendak rakyat.

Wakil Rakyat Tulid (kiri) mengabadikan gambar kenangan bersama keluarga seorang warga emas di Kg. Kosugui

“..Saya mewakili mereka (rakyat) kesemuanya .. sama ada mereka mengundi atau tidak pada pilihan raya yang lepas,” Jelasnya  ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan peralatan bantu diri kepada tiga orang warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Kg. Kesugui, Menawo dan Tigot pada Rabu.

Peralatan bantu diri itu disumbangkan oleh Yayasan Kebajikan Sabah (YKS),sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Sabah yang diugaskan untuk melaksanakan agenda kebajikan kerajaan untuk kumpulan sasar.

Pasukan Kembara YKS bersama UPPM Tulid mengabadikan gambar kenangan di Kg. Menawo Ulu

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah itu berkata, sebaik mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya yang lalu, beliau menggunakan peluang dengan semaksimanya  untuk mendengar dan menyelesaikan setiap keluhan rakyat di kawasannya.

Katanya, walaupun tugasan sebagai wakil rakyat sangat berat tetapi kebijaksanaan berkolaborasi dengan pelbagai pihak membantu beliau menyelesaikan setiap masalah yang dirungutkan oleh rakyat.

“Amalan saya ialah sentiasa responsif untuk memastikan rakyat berasa mereka diwakili .. dan semua ini saya lakukan untuk menunaikan tanggungjawab,”. Katanya.

Bersama Flovia dalam program turun padang ialah Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) Rugayah Ag. Besar, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tulid Casmir Silip serta kakitangan Unit Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tulid.

 

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.