Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Seniman agung Dusun meninggal

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Manusia pertama dari tanah besar Borneo (Sabah) yang bertanggungjawab  memertabatkan bahasa Dusun di peringkat antarabangsa – Ambrose Mudi meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada usia 65 tahun.30012016 ambrose mudi - 1

Seniman agung itu Menghembuskan nafas terakhir dengan tenang kira-kira jam 10 pagi pada 26 Feb lalu di hadapan ahli keluarganya.

Mudi  mendendang lagu Dusun ciptaannya untuk buat pertama
kali, dan pertama seumpamanya – ‘aiso koruhang modop, kada mombit-kombit dan nung noilaan kuh daa’ di Southern Illinois Universiti (SIU) USA.

Beliu mendendangkan lagu yang sama ketika mewakili Malaysia ke Simposium of The International Musicology Society and Festival of Music di Melbourne, Australia (28 Ogos – 2 September 1988).

Ketika mewakili Malaysia ke Asian Music Conference di Tokyo, Jepun atas jemputan Japan Foundation, Mudi begitu bersemangat menyanyikan beberapa buah lagu ciptaannya, selain memperkenalkan sompoton sebagai alat muzik tradisional bangsa Dusun di Sabah.30012016 ambrose mudi - 2

Selain mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai penyanyi dan pencipta lagu berpotensi, Mudi turut diseneraikan sebagai bangsa Dusun genius kerana berjaya mengetengahkan sompotan yang diadun daripada kompenan bambu untuk menghasilkan muzik yang berkualiti tinggi.

Sarjana muzik dari Southern Illinois University (SIU) USA, merupakan seorang pendidik dan kerjaya terakhirnya ialah sebagai pengetua di SMK Kemabong.

Mudi dikurniai tujuh orang anak hasil daripada perkahwinan bersama Wong Lee Lee @ Lily dan Emilda Lee Kong Sang.

Anak beliau bernama  Linda, diikuti Andrew @ Atama, Arnold, Lisa, Allen, Aldrin Aeron @ Kandawai dan Amanda Avril @ Sunsulit.

Salah seorang anak beliau Andrew @ Atama merupakan yang mononjol mewarisi bakatnya dalam bidang seni, sehingga berjaya menghasilkan inovasi lagu-lagu ciptaan ayahnya yang kini berada di pasaran antarabangsa.

Kepergian Mudi merupakan satu kehilangan besar kepada industry muzik tanahair khususnya di tanah besar Borneo (Sabah), yang menurut kajian belum ada pada sehingga kini dalam bangsa itu yang mampu melakukan apa yang mandiang pernah lakukan. — Ikuti riwayat hidupnya di ruangan hiburan.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.