WAPE HARAM DI SABAH?
PUTATAN (Sabah, Malaysia): Mufti Sabah mengumumkan pengharaman penggunaan wape dan shisha di Sabah.
“Keputusan ini adalah berdasarkan hal kesihatan kerana ia memudaratkan,” jelas Mufti Sabah Datuk Bungsu Aziz Jaafar, dan menambah ia berkuatkuasa kepada penganut agama Islam di negeri itu.
Ketika mempengerusikan muzakarah pada baru-baru ini, Bungsu menjelaskan bahawa fatwa itu adalah satu prinsip Islamik yang juga melarang umat itu terbabit dalam perniagaan dan kegiatan sedemikian.
Sabah merupakan negeri terkini yang mengistiharkan penggunaan wape sebagai haram selepas Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Kedah, Terangganu, Pulau Pinang dan Pahang.
Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2015 memutuskan bahawa penggunaan wape adalah dilarang bagi umat Islam, sementara pengharaman sihisha turut dibuat pada tahun 2013.
Pengumuman drastik mufti itu telah dijangka oleh sebahagian besar peniaga-peniaga wape, namun sehingga berita ini ditulis kegiatan itu masih terus berleluasa.