Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Siswa siswi penentu masa depan negara: Ewon

0
EWON

PENAMPANG: Datuk Ewon Benedick menegaskan masa depan negara bergantung sejauh mana golongan mahasiswa dan siswi menerima kemajmukan rakyat sebagai kekuatan.

Menteri Pembangunan Ushawan dan Koperasi itu berkata, ini kerana negara majmuk memerlukan rakyat saling hormat menghormati dan bertoleransi diantara satu sama lain bagi mengukuhkan hubungan antara kaum.

Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi Malaysia Datuk Ewon Benedick berbual mesera dengan peserta program Sukarelawan Siswa

Sebab itu jelasnya, Program Misi Sukarelawan Siswa amat penting bagi membolehkan siswa siswi dari seluruh negara memahami, mempelajari dan menghormati adat resam, budaya, bangsa dan agama masyarakat lain di negara ini.

“Ini signifikannya program ini, di mana anak-anak muda di kalangan mahasiswa dari seluruh negara datang ke kampung terpilih mempelajari warisan budaya, bahasa, adat resam dan agama bagi membentuk masyarakat yang bertoleransi untuk membina negara yang lebih baik pada masa hadapan.

“Saya percaya golongan siswa dan siswi yang menyertai program ini akan menjadi ejen perpaduan, integrasi, diplomasi dan toleransi negara ini,”katanya.

Berckap kepada pemberita selepas merasmikan Penutupan Misi Sukarelawan Siswa Yayasan Sukarelawan Siswi (YSS) Ke Sabah 2024, di Dewan Kampung Moyog, Ahad, Ewon menambah, golongan siswa siswa adalah pelapis kepimpinan negara harus mempunyai toleransi yang tinggi agar perpaduan dan keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini terus kukuh.

“Harapan kita terletak kepada anak-anak muda… jika hari ini masih ada kekurangannya, maka mereka harus melengkapkan apa yang telah dilaksanakan oleh pemimpin pada hari ini,” katanya.

Ewon yang merupakan Wakil Rakyat Parlimen Penampang optimis misi program itu telah mencapai matlamat bukan hanya meningkatkan semangat kesukarelawanan dan bermasyarakat tetapi memupuk semangat integrasi nasional di kalangan siswa siswi dengan rakyat di Sabah dan Sarawak dan siswa siswa daripada Sabah ke Semenanjung.

Beliau menzahirkan penghargaan kepada YSS dan siswa-siswi yang mengambil bahagian dalam misi di DUN Kadamaian dan Parlimen Penampang.

“Ini merupakan komitmen besar saya kepada kedua-dua kawasan yang saya wakili untuk membawa masuk perkhidmatan kerajaan menerusi pelbagai kementerian dan agensi.

“Misi ini bukan hanya penting untuk membina semangat kesukarelawanan dan memupuk semangat bermasyarakat di kalangan siswa siswi, tetapi lebih penting mereka boleh mengenali kebudayaan dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia seterusnya membina semangat saling menghormati dan bertoleransi.

“Kita akan menyambut ulang tahun penubuhan negara Malaysia yang ke-61 tahun ini, maka penting anak-anak muda di kampus-kampus pengajian menginsafi, menghormati dan bertoleransi dengan kemajmukan rakyat.

“Masa depan negara ini banyak bergantung kepada sejauh mana anak-anak muda menerima kepelbagaian dan kemajmukan ini sebagai kekuatan,” katanya.

TAG: Ewon, Menteri Keusahawanan dan Koperasi Malaysia, Ahli Parlimen Penampang, YSS

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.