Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

SJK (C) Yuk Yin Keningau Perlu RM2,000,000.00 bina bangunan baru

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Diasaskan pada Tahun 1921 di sebuah bilik kecil bangunan kedai, hari ini Sekolah Jenis Kebangsaan Cina  Yuk Yin Keningau berusia 97 tahun.

“Sekolah ini mencatatkan banyak sejarah pahit dan manis .. kini usianya cukup matang dan melahirkan ramai anak didik yang menempah kejayaan besar,”

(Barisan depan dari kiri ke kanan): Tuan Siaw Kok Chen, Tuan Anthony Chong Kong Ming, Kapitan Liew Ket Lim, Puan Thiam Sat Yong, Tuan Nelson Ng dan Puan Annie Thien. (Barisan belakang dari kiri ke kanan) Puan Jenny Leong, Tuan Hendry Thien, Tuan Lee Shin Kong, Puan Hsu Mei Thau, Cik Chong Liew Yee dan Cik Phang Seah Foon.

“Satu sambutan untuk tahun ke-97 sekolah ini akan kita adakan pada 3 Ogos, 2018,” Kata Puan Thiam Sat Yang.

Guru Besar sekolah itu berkata,  pengisian sambutan itu antara lain ialah pelancaran tabung dana bangunan baru sekolah yang mengandungi 16 bilik darjah.

Katanya, bangunan baru itu sangat perlu bagi menampung kehadiran pelajar baru khususnya dikalangan kaum bumiputera yang samakin meningkat.

SJK ( C ) Yuk Yin Keningau kini mempunyai 37 buah bilik darjah bagi menempatkan seramai 1,353 orang pelajar, namun Thiam menjelaskan jumlah kelas sedia ada masih tidak mencukupi.

“Untuk masa ini pihak sekolah terpaksa menggunakan bilik khas Reka Bentuk Teknologi sebagai Kelas 1 Indigo,”

Bangunan SJK (C) Yuk Yin Keningau pada Tahun 1934

“Senerio iniberterusan sehingga Tahun 2003 .. sebanyak enam bilik darjah perlu diwujudkan untuk menampung sebanyak 42 bilik darjah,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa keperluan bilik darjah itu bagi tujuan menyediakan tempat pembelajaran yang selesa, selamat, kondusif dan lengkap untuk pelajar-pelajar di kawasan berkenaan dan persekitaran.

“Ia juga bagi menampung lebihan pelajar di sekolah, tadika berhampiran akibatpertambahan penduduk dan kewujudan taman-taman perumahan baru,”

Bangunan SJK (C) Yuk Yin Keningau pada Tahun 2018

“Mengurangkan saiz daripada lebih 45 orang kepada 35 orang bagi satu kelas,”

“Merealisasikan matalmat 60.40 dengan penyediaan makmal yang mencukupi, lengkap dan selesa,” katanya.

Thiam berkata, jumlah kos pembinaan bangunan baru itu ialah 2,000,000.00 (Ringgit), namun dana tersedia hanya 1,000,000.00 (Ringgit).

“Sekolah memerlukan sebanyak 1,000,000.00 (Ringgit) lagi,” tambahnya.

Beliau merayu kepada bekas-bekas pelajar sekolah yang telah menempah kejayaan dalam pelbagai bidang perniagaan serta dermawan di negeri ini agar menghulurkan bantuan bagi menjayakan pembinaan bangunan sekolah itu.

 3,966 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.