Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

“Jangan dulu tebang getah” – Junz Wong

0

KENINGAU: “Jangan tebang pokok getah”, Nasihatkan Junz Wong kepada pekebun getah di Sabah.

“Itu bukan tindakan yang bijak (tebang pokok getah) .. jangan tumbang .. beri saya sedikit masa,” katanya.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Junz Wong meninjau kilang Pemoresesan Getah SMR LIGS Tenom.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah itu berkata, komoditi getah masih diaras penyumbang pendapatan negeri dan keperluannya sangat tinggi.

Sejak setahun ini ramai pekebun mengambil keputusan menebang pokok getah untuk bealih kepada aktiviti pertanian yang lain.

Begitu pun Junz berkata, masih ada ruang untuk menstabilkan harga komoditi itu.

“Apa yang paling penting bagi saya ialah macam mana naikkan harga getah  .. ini adalah hasrat saya supaya pekebun senang,” katanya dalam satu kenyataan.

Menteri itu berkata, beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan harga getah di negeri ini kembali stabil seperti sebelum ini.

Memberi reaksi mengenai dapatan lawatannya ke sebuah kilang pemoresesan getah swasta di Keningau, beliau menjawab bersetuju pada dasarnya dengan permohonan lesen pengurusan kilang itu namun belum memberi sebarang jaminan untuk memberikan lesen pada masa terdekat ini.

“Memang ingin membantu  mereka, tetapi belum diperingkat lesen .. saya kena kaji dulu macam mana saya boleh bantu .. saya kena fikir juga di pihak Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS),”

 

 

 1,115 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.