
Oleh DG HENRY (eksklusif)
SUNGAI Sook ada buaya, benar kah begitu? Lagenda Sook merekodkan, suatu ketika dahulu terdapat sebatang sungai yang merentang di tengah-tengah pekan yang mengalir hingga ke kuala sungai Padas. Sungai ini dinamakan ‘SOOK’.
Ketika zaman geolotik sungai ini terdapat banyak buaya yang ganas yang menghalang kebebasan penduduk menggunakan air sungai itu untuk pelbagai keperluan diri atau keluarga.

Mnurut lagenda, apa juga bentuk imej sama ada haiwan atau manusia yang menghampiri, hatta mandi atau mengambil air untuk pelbagai keperluan sepastinya menjadi habuan buaya.
Salah satu cara yang dilakukan penduduk untuk mendapatkan air di sungai itu ialah ‘mengaut’, ‘mengayung’ atau ‘sook’ air daripada sungai itu dengan tempurung kelapa atau bambo yang diikat dengan tali.
SOOK merupakan perkataan dalam bahasa Murut yang membawa makna ‘mengaut’ atau ‘mengayung’ untuk mendapatkan air.
Cerita Sungai Sook dihuni repetlia itu masih menjadi menjadi bualan sejak awal tahun 60an hingga 70an, namun sepanjang tempoh tersebut tidak ada sebarang laporan mengenai kematian atau kecederaan penduduk dibaham buaya.
Tahun 2019, The Borneo Digest mendedahkan penemuan buaya di sungai Pegalan yang kemudian dinafikan oleh pihak berkuasa hidupan liar.
Menghalusi lagenda Sook, pendedahan The Borneo Digest mengenai kewujudan reptelia pemangsa itu di Keningau ada kebenarannya.
Sook merupakan pekaan kecil yang terletak di daerah Keningau. Pekan ini berfungsi sebagai pekan pertanian dn kayu yang merupakan transit ke bandar Tawau melalui jalan Keningau – Sook-Sepulut-Kelabakan – Tawau.
Pekan kecil ini mempunyai keluasan 2,037.543km persegi atau 786,700 batu persegi dengan kependudukan seramai 37,815 orang yang didominasi tempatan Kadazandusun dan Murut.
Pekan kecil boleh dikunjungi menggunakan kenderaan darat sejauh 47km dari bandar Keningau.
Sook merekodkan pelbagai keistimewahan tersendiri, namun jarang sekali diagungkan sebagai satu kebangaan, menyaksikan nama SOOK hanya kedengaran rancak acapkali waktu pilihan raya.
802 total views, 1 views today