KETUA Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerimakunjungan hormat perpisahan daripada Duta Besar Ukraine ke Malaysia, TYT Olexander Nechytaylo di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, kelmarin.
Olexander yang telah berkhidmat selama 6 tahun di Malaysia akan kembali ke negara asalnya.
Selain sebagai Duta Besar Ukraine ke Malaysia, beliau juga menyandang jawatan Duta
Besar bukan pemastautin ke negara Philipina dan Democratic Republic of Timor-Leste.
Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar
Untong, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Invest Sabah Berhad dan Datuk Madiyem
Layapan.
276 total views, 1 views today