Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Sumpingon FC Juara Liga Natal Kg. Piasau Kota Belud 2021

0

Oleh: FIDELIS BOYOGO (Menulis berita di Kota Belud Sabah, Malaysia)

SUMPINGON Fc pulang dengan bergaya selepas mengenepikan Donduron Fc, dan dua pasukan lain – Dorusan Fc dan Duori Fc di kejohanan Liga Natal Kg. Piasau 2021.

Sumpingon Fc  mengutip 9 mata penuh dalam tiga pusingan menyaksikan pasukan itu cukup mantap sepanjang kejohanan enam hari Liga Natal Kg.Piasau 2021  yang bermula pada 24hb dan berakhir pada penutup tahun.

Tiga pasukan pesaing berkongsi mata dan hanya dibezakan dengan bilangan jaringan menyaksikan Donduron Fc berpuas hati di tempat Naib Johan, Dorusan Fc dan Duori Fc masing-masing di tempat ketiga dan keempat.

Liga Natal Kg. Piasau merupakan sebahagian aktiviti sambutan tahunan penduduk bagi memeriahkan   sambutan Natal sebagai wadah silaturahim belia-belia yang balik dari perantauan setiap kali hujung tahun.

Liga tahunan itu disertai lebih 100 pemain digarap sebegitu rapi dibawah kombinasi pimpinan  Sandang Gunsalam, Dr.Liawas Berukang, Alex Malcrom Kopoh, Jastine Tulis, Khairul Mojikol, Baneban Banang, Eider Sall Salabin, George Sumbaki dan Iqbal Fahmi Jasman .

Kejohanan enam hari di padang Dudan Kg. Piasau itu berlangsung dengan penuh meriah dan hormani menyaksikan semua peringkat umur dapat beraksi  dengan sistem kouta pemain 17 tahun, belia, veteran dan super veteran 50 tahun.

Perlawanan sumbangsih  antara pasukan bola sepak  Piasau Junior, Belia Piasau dan Veteren Piasau turut diadakan sebagai pelengkap sambutan Natal selain persembahan karaoke dan penyampaian hadiah kepada pemenang.

Pemenang piala sumbangsih penutup tahun 2021 :

  1. Team senior
  2. Team belia
  3. Team Junior

Pengurus terbaik:

Rexcy Sitol – Sumpingon Fc

Baneban Banang-Donduron Fc

Eider Elvin Sall Salabin-Dorusan Fc

Danel Sulin -Duori Fc

Kapten Terbaik

George Sumbaki -Sumpingon Fc

Jaimat Joel -Donduron Fc

Eric Odo -Dorusan Fc

Laju Ninggir -Duori Fc

Penjaring Terbanyak :

Presley Peturus – 4 gol

Penjaga gol terbaik – Dehnel @Orong  Niol

Pertahanan terbaik – George Sumbaki

Pemain Tengah terbaik – Johnson Asegali

Penyerang terbaik – Presley Peturus

Pemain Harapan 17 tahun ke bawah:

Hawlet Phelp Vince  -Sumpingon Fc

Maxcius Halim -Donduron Fc

Mark Constantine Sandang -Dorusan Fc

Venderilud @ Bungkisi  Maludi -Duori Fc

Sambutan itu turut menyaksikan penyampian dua anugerah khas pencapaian tertinggi di kalangan pemain dari Kg.Piasau, anugerah khas ini diberikan kepada Eric @ Mungking Odo atas pencapaian  mewakili Negeri Sabah kategori bawah 21 tahun ( Liga Simpanan Sabah pada tahun 2018-2019 .

Anugerah khas yang kedua di berikan kepada Adik Iqbal Fahmi @ Kibut Jasman atas  pencapaiannya mewakili Pasukan Negeri Sabah kategori 15 tahun dalam program NFDP di Pahang pada 10 Disember 2021.

Aktivis masyarakat Dr.Liawas Berukang dalam ucapan penutupnya berkata,  intipati  perlaksanaan program menyemarakkan kemeriahan Natal  disamping menguatkan kesatuan dan persefahaman dikalangan anggota  komuniti dengan aktiviti  bersukan .

“Semoga kejohanan seperti ini dapat diadakan pada tahun berikutnya . Selamat menyambut Hari Natal dan Tahun Baru 2022“ Katanya kepada The Borneo Digst.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.