Sunduvan KDMR akan diwujudkan di Sabah – Presiden KDM
"Pemimpin-pemimpin KDMR di negeri Sabah mula menerima bahawa perlu ada kesatuan diwujudkan demi untuk masa depan kaum KDMR di Sabah,” - Datuk Peter Anthony
Oleh DG HENRY
DATUK Peter Anthony berkata satu gabungan yang dinamakan Gabungan Pisompuruan atau Sunduvan KDMR akan diwujudkan di negeri Sabah.
Katanya, cadangan itu diterbitkan susulan pemimpin-pemimpin KDMR dibawah kerajaan teraju Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mula menerima bahawa perlu ada kesatuan dalam KDMR.
“Nampaknya pemimpin-pemimpin KDMR di negeri Sabah mula menerima bahawa perlu ada kesatuan diwujudkan demi untuk masa depan kaum KDMR di Sabah,”.
“.. Saya percaya bahawa usaha ini akan menjadi releti dalam masa terekat,”.
“Saya telah menemui Timbalan Ketua Mentri Sabah Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan, Datuk Elron Angin, Ahli-Ahli Yang Berhormat dikalangan KDMR dan pemimpin-pemimpin KDM yang lain, dan mereka bersetuju dengan usaha ini,” Katanya kepada The Borneo Digest di Bengkoka, Pitas pada Sabtu.
Ketika berucap di Majlis Kesyukuran Persaraan mantan Pegawai Daerah Tenom Sungkim Rumangun, Peter yang merupakan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) memberi jaminan untuk mengajukan masalah yang membelengu rakyat di kawasan Bengkoka mendapat perhatian kerajaan untuk tindakan.
“Kita minta perhatian kerajaan mengenai rungutan .. dari segi keperluan asas seperti kedudukan jalan yang begitu teruk ,”.
“Saya percaya masalah-masalah itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini,” Katanya.
Di majlis itu Peter turut menyampaikan sumbangan kepada sebanyak tujuh buah gereja di daerah itu.
Ditanya mengenai tuduhan tular kononnya parti KDM memecah belahkan KDMR, Peter yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap menjawab:
“Itu tidak betul .. oleh kerana kewujudan pendaftaran parti KDM sebenarnya bertujuan untuk menyatukan kesemua pemimpin-pemimpin KDMR kita,”.
“.. Tidak kira yang baharu atau yang veteran ini adalah satu usaha yang murni yang telah giat kita lakukan,” Katanya dan mendedahkan pemimpin-pemimpin tertinggi KDMR untuk membincangkan cadangan kesatuan itu telah dua kali bermesyuarat.
Turut serta di majlis itu Timbalan Presiden parti KDM Datuk Juil Nuaton, Naib Presiden Henry Simpon, Setiausaha Agung Dr. Gaim Lunkaapis, Ketua Penerangan Dr. Oswald Igau, Ketua Pemuda Jumardie Lokman, Timbalan Ketua Penerangan Harris Bolos, Ahli Majlis Tertinggi Jakrison Kilan serta pemimpin-pemimpin setempat.