Sungai Pegalan Keningau habitat terbaru buaya
Ekoran penemuan sarang dan telur di Ganipis berhampiran Kg. Labak
PENDUDUK yang tinggal di Kg. Liau Laut dan Tagai, gempar dengan penemuan sarang yang mengandungi beberapa biji telur buaya yang sudah menetas di kawasan sungai mati Pegalan yang mereka kenali sebagai Ganipis, berhampiran dengan Kg. Labak Baru.
Sejak berabad lamanya Sungai Pegalan tidak pernah menjadi habitat reptilian itu.
Saksi-saksi yang mendedahkan penemuan itu kepada The Borneo Digest memberitahu, mereka menemui sarang reptilian itu yang mengendungi sebanyak 15 kelopak telur yang sudah menetas.
“Sarang itu terletak beberapa meter daripada tebing Ganipis (Sungai Mati Pegalan),”
“Kami juga menemui kesan tapak pergerakan reptilia itu menghala ke sungai,” Dedah saksi itu yang enggan namanya dipetik.
Pada Tahun 2018 kaki pancing air tawar melaporkan berjaya menangkap anak buaya di bawah Jambatan Besi Kg. Durok Keningau iaitu sejauh 7Km daripada lokasi terbaru penemuan sarang reptilian itu.
Sungai Sook menurut lagenda dihuni reptilia pemaging itu.
Sebelum ini buaya hanya ditemui di Sungai Padas Tenom yang terletak kira-kira 30Km dari Keningau.
Pengarah Pusat Penyelidikan Danau Girang Dr. Benoit Goossens pada Tahun 2002 dipetik sebagai berkata seperti yang diterbitkan oleh sebuah akhbar kebangsaan memberitahu sepsis reptilia yang dikesan di Sabah ialah buaya tembaga.
Dr. Benoit memberitahu penghijrahan reptilia itu disebabkan konflik buaya – manusia, dan penyelesaian terbaik untuk mengelak serangan ialah tidak melakukan aktiviti seperti menangkap ikan di sungai yang menjadi habitat reptilia itu.
Di Sarawak peningkatan mendadak populasi buaya di beberapa lokasi panas di seluruh negeri, mencetuskan konflik serius dengan manusia termasuk kekerapan insiden serangan ganas reptilia itu.
Penemuan telur-telur reptile itu yang sudah menetas di kawasan Ganipis Kg. Liou Laut Keningau membuktikan Sungai Pegalan kini menjadi lokasi terbaharu reptilia itu untuk keterusan hidup.
The Borneo Digest akan berusaha menghubungi Jabatan Hidupan Liar di daerah Keningau untuk mendapatkan ulasan serta tindakan dalam tempoh terdekat. – Oleh: EKOK AMIN dan ROSANNA EDEZA