pengangkutan percuma penerima vaksin di Bingkor
Ihsan Wakil Rakyat Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin
BERBEZA di tempat lain, penerima vaksin di kawasan Bingkor Sabah diberikan kemudahan pengangkutan percuma untuk pulang sebaik selesai vaksinasi.
Kemudahan itu disediakan oleh Wakl Rakyat Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin sebagai terjemahan keperihatinan beliau kepada rakyatnya.
Memberitahu berita baik itu kepada The Borneo Digest, Pegawai Perubatan Yang menjaga Klinik Kesihatan Bingkor Dr. Ganesh Kumar A/L Kanniah berkata, perkhidmatan percuma itu disediakan kepada mereka yang tidak memiliki kenderaan atau individu yang menghadapi masalah pengangkutan ketika pulang selepas suntikan dos selesai.
“Penerima vaksin di Bingkor sangat beruntung kerana mempunyai wakil rakyat yang sangat perihatin,” Katanya, di sini pada Isnin.
Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 Daerah Keningau Klinik Kesihatan Bingkor mula beroperasi buat pertama kali pada Isnin yang dirasmikan oleh Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Robert Tawik @ Nordin yang merupakan wakil rakyat kawasan itu.
Dr. Ganesh menambah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor itu telah menempatkan kenderaan khas yang boleh berfungsi pada bila-bila masa untuk menghantar pulang sesiapa juga penerima vaksin yang menghadapi masalah pengangkutan ketika pulang. – Oleh: EKOK AMIN dan ROSANNA EDEZA