Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Tinggalkan KDM: ‘politik Ronnie ‘jalan-jalan cari makan’ – Dr Oswald

0

KOTA KINABALU: K etua Penerangan parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Dr Oswald Aisat Igau berkata, tindakan Datuk Ronnie Loh yang mengumumkan meninggalkan parti itu, tidak lebih daripada politik ‘jalan-jalan cari makan’.

Beliau berkata, umum mengetahui bahawa bekas naib presiden KDM itu keluar daripada parti kerana beliau ingin mengekalkan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Selain itu, katanya, dakwaan Ronnie yang mengatakan Presiden KDM, Datuk Peter Anthony tidak konsisten adalah tidak masuk akal sama sekali.

“Sejak ditubuhkan tahun lalu, DPA (Peter) sangat konsisten dalam mengemudi KDM walau pun menerima banyak rintangan dari pihak lawan.

“Kepimpinan beliau dalam menarajui KDM sehingga pada PRU15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) bersama Datuk Wetrom Bahanda telah berjaya menumbangkan Presiden PBS (Parti Bersatu Sabah).

“Kepimpinan yang ditunjukkan DPA bersama Datuk Wetrom amatlah terpuji, beliau bukan saja berhempas-pulas untuk memenangkan parti KDM baru-baru ini, tetapi sanggup membelanjakan duit beliau sendiri dalam pengurusan parti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Oswald berkata, Ronnie seharusnya berfikir dan bertanya dengan dirinya sendiri terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan melulu terhadap Peter.

Katanya, Ronnie sebelum ini antara yang ‘melompat kolam untuk mencari air’ sehingga menyebabkan kerajaan Warisan Plus yang terdiri daripada Warisan, Upko dan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

“Umum tahu bahawa Ronnie berasal dari Pulau Pinang sebelum mendapat PR (penduduk tetap) Sabah.

“Beliaulah yang yang menyebabkan kerajaan Sabah gabungan Warisan, Upko dan PH tumbang di sabah suatu ketika dahulu apabila beliau antara YB yang ‘melompat kolam mencari air kehidupan’ sedangkan beliau telah dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan olah Kerajaan pada masa itu.

“Mungkin cara politik beliau yang terikut-ikut dengan Pulau Pinang tidak sesuai di Sabah, apalagi dengan KDM yang baru disertai beliau…pasti ada sebab utama mengapa beliau secara tiba tiba meningalkan KDM, mesti ada ‘udang di sebalik mee’,” katanya.

Dr Oswald berkata, Ronnie sebelum ini sepatutnya telah dikenakan tindakan kerana ingkar arahan parti, termasuk tidak hadir ke mesyuarat pimpinan tertinggi sebanyak tiga kali berturut-turut.

Bagaimanapun, katanya, sikap keterbukaan Peter masih memberi ruang dan peluang kepada Ronnie tanpa mengambil apa-apa tindakan.

“Selama ini, semua keputusan dalam KDM diputuskan bersama oleh pimpinan tertinggi parti dan bukannya kepentingan politik DPA seorang.

“Oleh itu suka saya nyatakan kepada sahabat saya ini (Ronnie) jangan mencari alasan termasuk membuat tuduhan sesuka hati…saya yakin tujuan sebenar beliau meninggalkan KDM disebabkan ada habuan yang tersedia dan menanti.

“Tidak hairan apabila beliau menyatakan sokongan pada Hajiji termasuk pelan SMJ (Sabah Maju Jaya) yang didakwanya. Bagi kami, tiada apa yang harus dibanggakan dengan Pencapaian SMJ, malah ia merupankan pentadbiran yang gagal dan banyak menyusahkan Rakyat Sabah.

“Ini dapat kita lihat dengan masalah yang paling teruk seperti air, eletrik dan banyak lagi, rakyat sabah sangat dibebani di bawah pentadbiran Kerajaan GRS dan di bawah pelan SMJ,” katanya lagi.

 

 670 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.