Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Tragedi Tanah Runtuh: Operasi cari dan menyelamat baki 12 mangsa disambung pagi ini

0

HULU SELANGOR (Malaysia): Misi mencari dan menyelamat (SAR) baki 12 lagi mangsa tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highlands disambung semula pada pukul 8 pagi hari ini (Sabtu).

Keadaan runtuhan dirakam dari atas

Operasi SAR di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Gohtong Jaya itu ditangguhkan kira-kira pukul 12 tengah malam tadi ekoran hujan di lokasi kejadian.

Kira-kira 2 pagi semalam,  tanah runtuh itu mengorbankan 21 nyawa di atas tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, milik sebuah syarikat yang disahkan beroperasi tanpa lesen.

Kegagalan struktur kaki cerun dipercayai menjadi punca kejadian membabitkan keluasan keseluruhan 225,000 meter padu membabitkan anggaran tanah runtuh sebanyak 500,000 tan dengan ketinggian 30 meter.

Sumber yang boleh dipercayai memberitahu, daripada 94 mangsa, antara yang terkorban ialah penghuni perkhemahan dari Melaka dan Kuala Lumpur manakala yang terselamat pula terdiri daripada pekerja ladang tersebut termasuk 13 warga Myanmar.

 

 584 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.