Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Trump mengaku tidak bersalah atas 34 pertuduhan

0

NEW YORK: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengaku tidak bersalah di atas 34 pertuduhan jenayah iaitu memalsukan rekod perniagaan.

Lapor CNN, pengakuan itu dibuat selepas mendengar pertuduhan terhadapnya di Mahkamah Manhattan hari ini (waktu tempatan).

Pendakwaan itu berpunca daripada penyiasatan pembayaran wang ‘tutup mulut’ peguam Trump kepada seorang pelakon filem lucah, Stormy Daniels pada 2016.

Dakwaan juri agung dan dokumen mahkamah yang berkaitan turut dibuka.

Pendakwa raya mendakwa bekas Presiden AS itu cuba menjejaskan integriti Pilihan Raya Presiden 2016 dan merupakan sebahagian daripada rancangan yang menyalahi undang-undang untuk menyekat maklumat negatif.

Trump menafikan semua salah laku itu dan peguamnya berkata, mereka akan berjuang untuk mengetepikan semua pertuduhan berkenaan.

Bekas Presiden AS tersebut berikrar untuk meneruskan kempen Pilihan Raya Presiden 2024 dan akan kembali ke Florida.

Beliau dijangka berucap malam ini (waktu tempatan) dari Mar-a-Lago.

 

 

 276 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.