Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

UFO didakwa ‘intip’ pergerakan kapal China

0

SEORANG penulis blog prolifik, Scott C memuat naik rakaman sebuah video dalam YouTube yang menunjukkan beberapa objek berkelip yang kelihatan bergerak di awan sebelum hilang dari pandangan.

Fenomena pelik itu dirakam dari pesawat yang berada di ruangan udara Laut China Selatan di sekitar Hong Kong.

Menerusi rakaman berdurasi hampir dua minit itu, dapat kedengaran perbualan seseorang di dalam pesawat.

“Saya tidak tahu apakah objek itu kerana sesuatu yang pelik,” soalnya.

Disebabkan tiada jawapan terhadap penampakan objek itu, Scott mengisytiharkan ia sebagai piring UFO yang sedang ‘mengintip’ kapal China yang berada di lautan tersebut.

Kemunculan objek itu kebetulan berkaitan dengan konflik geopolitik di rantau ini.

Bagaimanapun, pengguna media sosial memberikan maklum balas objek itu kemungkinan adalah suar sama ada disebabkan oleh kapal yang berlayar dalam formasi atau dinyalakan dari pesawat.-AGENSI

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.