Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Ukraine minta bantuan Israel

0

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menagih bantuan Zionis Israel bertindak sebagai pengantara dengan Rusia bagi menyelesaikan konflik ketenteraan yang melanda kedua-dua negara.

Permintaan itu dibuat ketika beliau menghubungi Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett, awal pagi semalam.

Berita tersebut dilaporkan oleh media Israel, Kan News dan disahkan oleh New York Times menerusi Duta Ukraine di Israel, Yevgen Korniychuk.

“Kami percaya hanya Israel sahaja yang mempunyai hubungan baik dengan Ukraine dan Rusia.

“Israel tidak menolak permintaan itu dan mereka cuba mengenal pasti diri mereka dalam permainan catur ini,” kata Korniychuk.

Korniychuk berkata, pegawai Ukraine lebih selesa mengadakan rundingan sedemikian di Baitulmuqaddis daripada diadakan di negara sekutu Rusia di Belarus.

Dalam masa sama, Vladimir Putin juga mencadangkan rundingan bersama Ukraine diadakan di Belarus.

“Kami mahu berunding di Baitulmuqaddis. Kami fikir Israel boleh menganjurkan rundingan tersebut ketika krisis serangan sedang berlaku,” katanya.

 

 84 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.