Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

UPKO kemukakan cadangan mekanisme pembayaran 40 peratus

0
Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick menyerahkan dokumen cadangan kepada Ketua Menteri Sabah atuk Seri Panglima Hajiji Noor

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) pada Selasa mengemukakan cadangan mekanisme pembayaran semula 40 peratus hasil persekutuan yang dikutip di Sabah sepertimana termaktub dalam Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Presiden parti itu Datuk Ewon Benedick bersama Setiausaha Agung UPKO Datuk Nelson Angang, Ketua Pemuda Felix Joseph Saang dan Timbalan Ketua Penerangan Rowindy Lawrence mengemukakan cadangan itu kepada Hajiji.

Sebelum ini pada 19 Disember lepas Ewon  mengadakan perbincangan meja bulat untuk merumuskan mekanisma bersama kumpulan pakar mengenai isu itu.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.