Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Vaksin di Keningau Dipermudahkan

Hanya call 013311613 untuk temu janji

0

URUSAN vaksin untuk baki 38 peratus (38%) penduduk  Keningau yang belum memperolehi dos tersebut diperluaskan melalui kaedah walk in besar-besaran tanpa had.

Ketika memberitahu perkembangan terbaru itu, Pengerusi Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Keningau Walter Kenson memberitahu, kaedah terkini itu lebih mudah dan berkesan.

“Hanya dengan menelefon pusat aduan talian 013311613 temu jani untuk vaksin diperolehi,”

“Anda yang menentukan tarikh dan masa untuk divaksin .. tidak perlu risau sama ada berdaftar dengan mysejahtera atau tidak,” katanya kepada The Borneo Digest.

Bagi memastikan walk in itu berjalan dengan baik, Walter yang merupakan Pegawai Daerah Keningau memohon kerjasama orang ramai di daerah itu supaya berfungsi sebagai rakan kerja CITF bagi berkempen habis-habisan melalui pelbagai medium sebaran supaya penduduk mengambil peluang keemasan itu untuk mendapatkan dos vaksin itu.

“Kempen antara mereka (penduduk) .. Tanya sekeliling mereka .. sudah vaksin atau belum .. pujuk mereka untuk dapatkan vaksin,”.

“Kongsi maklumat kempen ini melalui media sosial,” katanya.

Sehingga berita ini ditulis,  seramai 60,572 atau 38 peratus orang penduduk daerah Keningau tidak berdaftar dengan mysejahtera dan belum divaksin.

“Butiran lengkap status golongan ini tidak diperolehi tetapi kita menjangkakan mereka tinggal dikawasan yang tidak mempunyai capaian internet yang baik,”.

“Atau mereka juga mungkin tidak memiliki telefon pintar atau golongan tua dan bukan warganegara dan pekerja ladang,” jelasnya.

Capaian internet di daerah Keningau direkodkan hanya 60 peratus, menjadi penyumbang utama kegagalan penduduk untuk mendaftar mysejahtera.

Menjawab satu soalan, Walter berkata, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 14,000 vaksin pada setiap minggu kepada CITF Keningau untuk mencapai sasaran kolompok imuniti di daerah itu.

Katanya, bekalan vakin itu jauh mencukupi bagi menampung keperluan vaksinasi di daerah itu.

CITF Keningau mensasarkan proses vaksinasi daerah itu selesai lebih awal daripada jangkaan iaitu minggu kedua pada bulan Oktober depan.

Kerajaan negeri mensasarkan urusan vaksinasi di Sabah selesai pada hujung Oktober ini, tetapi Walter berkata, proses itu mampu dipercepatkan jika penduduk turut memainkan peranan sebagai agen penggalak masyarakat untuk mendapatkan dos penting itu.

“Vaksin wajib kepada semua penduduk Keningau untuk memastikan kelancaran urusan peribadi mereka di maasa hadapan,”.

Kerajaan pada sebelum ini telah mengumumkan bahawa mana-mana individu yang tidak divaksin, tidak dibenarkan berurusan dimana-mana permis termasuk pusat-pusat kewangan seperti bank, restoran, pejabat-pejabat kerajaan, hospital serta kesemua pusat tumpuan membeli belah.

Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) boleh dirujuk kepada mana-mana individu anti vaksin kerana memudaratkan nyawa orang lain dengan menjadi penyebar penyakit COVID-19 kepada orang lain. – Oleh: DG HENRY dan EKOK AMIN.

 

 

 3,211 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.