Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Warga emas rentung kemalangan jalan Sook – Nabawan

0

SEORANG lelaki warga emas rentung selepas kenderaan jenis Proton Saga yang sedang dipandunya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda sebelum terbakar di Batu 37 Jalan Sook – Nabawan (Sabah, Malaysia) di sini pada Ahad.

Ketua Polis Keningau Deputi Superintenden Polis (DSP) Nor Rafidah Kasim memberitahu, kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat mengenalpasi mangsa sebagai Wahab Marjuki, 61, sementara pemandu pacuan empat roda dikenali sebagai Philip Kiat, 31, juga seorang warga tempatan.

Nor Rafidah berkata, mangsa dipercayai terperangkap selepas tersepit di dalam kereta Proton Saga yang dipandunya.

Siasatan polis di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku semasa kenderaan Isuzu Dmax yang dipandu oleh seorang lelaki warga tempatan berusia, 31 tahun bergerak dari arah daerah Nabawan menuju ke Pekan Kecil Sook bersama tiga orang penumpang.

“Tiba-tiba sebuah kenderaan proton saga yang dipandu oleh mangsa (seorang warga tempatan) masuk ke laluan bertentangan, dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan dihadapan,”.

“Oleh kerana jarak terlalu dekat, kedua-dua pemandu tidak sempat mengelak dan berlaku pertembungan,” katanya.

Nor Rafidah berkata, kenderaan proton saga terpusing dan terbakar selepas pertembungan itu.

“Pemandu proton Saga tersepit dan hampir separuh badan terbakar dan meninggal di tempat kejadian,” tambahnya.

Pemandu dan penumpang pacuan  empat roda hanya mengalami kecederaan kecil dan dirujuk ke Hospital Daerah Keningau untuk pemereksaan lanjut dan rawatan.

Siasatan awal polis mendapati kemalangan disebabkan kecuaian pemandu proton saga tersebut.

Kes dirujuk dibawah Seksyen 41(1) APJ 1987. – Oleh: DG HENRY

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.