Oleh DG HENRY
PRESIDEN Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Peter Anthony berkata, sokongan padu segenap di negeri ini sangat penting untuk menjayakan agenda Sunduvan Kadazandusun, Murut dan Rungus (KDMR.
“Kita perlu sokongan semua daripada akar umbi yang ada ni,” Katanya kepada media selepas ditemui di Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat (KDM) Pensiangan di sini pada Rabu.
Seramai 1500 orang menghadiri majlis santai itu yang dilangsungkan di Waterfront Sook.
Peter berkata, kehadiran luar jangka dimajlis itu menunjukkan satu petanda baik menunjukkan parti KDM diterima oleh senenap rakyat khususnya etnik KDMR di kawasan pedalaman.
“Jika begini kehadiran (merujuk majlis) saya percaya agenda Sunduvan KDMR akan dicapai dengan segera,” Katanya.
Wira Muda Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Jordan Jude Elron antara rakan kompenan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hadir di majlis itu yang turut bersetuju dengan agenda Sunduvan KDMR yang dicetuskan oleh Peter.