Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

33 Lagi dikompoun langgar SOP di Keningau

Seorang lelaki yang mendakwa pemilik permis hiburan turut ditangkap

0

Oleh DG HENRY

SERAMAI 33 individu di Keningau dikeluarkan kompoun selang dua minggu  Peralihan Endemik.

DSP NOR RAFIDAH KASIM

Memberitahu dalam satu kenyataan, Ketua Polis Keningau DSP Nor Rafidah Kasim berkata, kesemua individu itu dikompoun ketika sedang berhibur dan masing-masing didenda RM1000 setiap seorang kerana didapati melanggar pematuhan Prosedur Operasi Standrad (SOP).

“Notis kompoun dikeluarkan kira-kira jam 1.35 pagi pada Jumaat,” Katanya.

Nor Rafidah berkata, individu-individu itu berumur dalam lingkungan diantara 20 hingga 50 tahun, terdiri daripada seramai 23 lelaki dan 10 perempuan.

Seorang lelaki yang mengaku pemilik pusat hiburan itu turut ditangkap kerana menjalankan perniagaan dipermis yang tidak memiliki lesen perniagaan yang sah.

Mengikut fakta kes kira-kira jam 1.35 pagi pada Jumaat sepasukan Polis Bahagian Siasatan Jenayah bersama Bahagian Siasatan Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Keningau menjalankan tugas operasi SOP Peralihan Endemik dan Op Hiburan di sebuah permis di kawasan bandar Keningau.

Ketua Polis itu  berkata, sewaktu serbuan dilakukan didapati muzik masih dimainkan dengan para pelanggan asyik minum minuman keras di permis berkenaan tanpa menggunakan pilatup muka.

Ketua Polis Keningau itu menasihatkan orang ramai serta pemilik permis hiburan di daerah itu supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan di dalam Peralihan Endemik bagi memaastikan diri, keluarga dan masyarakat kekal selamat.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.