Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pembesaran Pelabuhan Sepanggar Akan Seimbangkan Pembangunan Ekonomi Sabah: Pairin

0

KOTA KINABALU (Sabah, Malaysia): Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata bahawa Pembesaran Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar (SBCP) dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) menandakan pengiktirafan penting kepada keperluan infrastruktur pelabuhan Sabah untuk mengimbangi pembangunan ekonomi negeri.
pairin kitingan
Katanya, Pelabuhan Sepanggar juga telah dikenal pasti sebagai pemangkin di bawah Strategi Lautan Biru Negara untuk merangsang dan memacu pertumbuhan ekonomi di Greater Kota Kinabalu.

“Bandar raya seperti Greater Kota Kinabalu, telah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan negara dengan menyediakan peluang pelaburan dan perdagangan,” katanya dan menambah, Ketersambungan yang lancar antara kawasan pedalaman dan pasaran global akan mempercepatkan pembangunan industri dan ekonomi negeri.

Bercakap kepada wartawan selepas lawatan kerja ke Pelabuhan Sepanggar di sini, pada Isnin, Pairin yang merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri berkata, SBCP akan bertindak sebagai pintu masuk bukan sahaja untuk Sabah, tetapi juga pasaran Komuniti Ekonomi ASEAN dan Perkongsian Trans-Pasifik.

katanya pembesaran SBCP di bawah inisiatif Koridor Pembangunan Sabah, turut  dibangunkan sebagai hab pindah kapal di bawah RMK-11.

“Pelan induk untuk menaik taraf dan memperbesarkan infrastruktur SBCP bagi membolehkan pengendali kapal utama akan disediakan tahun ini,” tambahnya dan menjelaskan strategi pindah kapal akan meningkatkan ketersambungan negeri kepada pasaran antarabangsa, dengan itu menjana bilangan kargo lebih tinggi bagi menarik syarikat kapal singgah di pelabuhan itu.

Pairin berkata, menjadikan SBCP sebagai hab pindah kapal sesuai dengan lokasi strategik pelabuhan itu di laluan perkapalan utama dagangan laut Asia Timur dan di tengah Kawasan Pertumbuhan Asia Timur Brunei, Indonesia, Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).

Menurutnya strategi pindah kapal, bersama inisiatif penambahbaikan lain oleh pelabuhan itu akan menangani isu ketidakseimbangan perdagangan yang dapat mengurangkan kos pengangkutan laut.

“Ia bukan sahaja akan membawa kepada pengurangan kos menjalankan perniagaan serta kos sara hidup di Sabah, tetapi juga meningkatkan daya saing ekonomi negeri dalam jangka panjang,” katanya.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.